Dasar luar Negara



Dasar luar Negara merupakan polisi sesebuah Negara dalam
menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara lain. Sehubungan
itu, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulaut perlu
menentukan dasar luar negara bagi mewujudkan hubungan
persahabatan, keamanan dan kemakmuran sejagat
Definisi dan Konsep

Menurut Chamil Wariya didalam bukunya Dasar Luar Era
Mahathir(1989) ada menyatakan bahawa dasar luar ialah alat atau instrument
yang diperlukan oleh sebuah negara untuk berinteraksi dengan sebuah
negara yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh
darinya. Melalui dasar luar ini, sesebuah negara menyatakan pendirian
mereka terhadap perkembangan dan pergolakan yang berlaku di luar
sempadan negara dalam hubungan antarabangsa.
Dasar luar juga mencerminkan sikap yang berkecuali yang tidak
mengikat pada mana – mana negara kuasa besar. Dasar luar juga boleh
mencorak pemencilan atau pengasingan seperti mana yang diamalkan oleh
Myanmar satu waktu dahulu yang mengambil pendirian menyisihkan negara
itu daripada pergolakan yang berlaku di luar.
Dasar luar juga boleh memperlihatkan sikap yang memihak kepada
salah suatu kuasa besar dunia yang mempunyai idealogi politik dan sistem
eknomi yang berlawanan dan bertentangan. Dasar luar juga boleh
memperlihatkan sikap sesebuah negara tentang peranannya dalam senario
politik antarabangsa sama ada ia ingin memainkan peranan pasif atau aktif
dalam forum – forum dunia.

Menurut Profesor Madya Dr. Mokhtar Muhammad di dalam bukunya
Perhbungan Antarabangsa – Konsep dan Konteks (2005), menyebut bahawa
dasar luar adalah dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara di dalam
menjalin hubungan dengan sebuah negara lain. Dasar luar merujuk kepada
tindakan atau idea yang dibuat pembuat dasar untuk menyelesaikan sesuatu
masalah atau membawa perubahan suasana politik antarabangsa. Dasar
juga merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh pemimpin negara untuk
dijadikan garis panduan bagi memilih tindakan adil dengan situasi tertentu
dalam hal ehwal antarabangsa.

Dasar luar amat penting kerana ia boleh mempengaruhi tingkah laku
negara serta perhubungan politik di peringkat antarabangsa, wilayah atau
serantau. Tingkah laku merujuk kepada tindakan yang diambil oleh negara ke
atas satu sama lain dan bertujuan mencapai aspirasi jangka panjang atau
matlamat jangka pendek.

Kesimpulannya, definisi dan konsep dasar luar negara merujuk kepada
langkah – langkah atau peranan yang diambil dan di tentukan oleh pemimpin
negara bagi menjaga keamanan dan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
negara di peringkat antarabangsa.

Faktor – faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar
Negara

Antara faktor – faktor yang mempengaruhi pertimbangan di dalam
pembentukan sesuatu dasar luar negara ialah kepentingan nasional. Apa itu
kepentingan nasional? Menurut Joseph Frankel (1987), kepentingan nasional
adalah konsep terpenting dalam dasar yang diamalkan oleh sesebuah
negara. Perkataan ’nasional’ itu sendiri merujuk kepada bangsa dan negara.
Maka ia bermaksud matlamat umum yang berterusan dicapai melalui
kepentingan negara. Kepentingan itu tidak harus ditafsirkan dengan sempit
sehingga mengenepikan pertimbangan mral, agama dan sebagainya.
Kepentingan nasional dasar luar Malaysia ialah bertujuan berwaspada
dan berhati – hati dalam hubungannya dengan negara – negara lain agar
sentiasa di dalam keadaan yang baik dan tidak berteraskan kekerasan.
Contohnya, Malaysia menganggotai ASEAN agar keselamatan Malaysia
terjamin di serantau Asia Tenggara dengan menjalankan hubungan baik
dengan negara – negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei
dan Filipina dan selebihnya. Ini bermakna, kepentingan nasional
dititikberatkan di dalam sesebuag dasar luar yang digubal agar keamanan
dan kestabilan negara terjamin.
Faktor lain yang dapat dilihat ialah dari segi ekonomi. Malaysia adalah
sebuah negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini Malaysia
telah menjalinkan hubungan baik dengan negara – negara lain di dunia di
dalam usaha memajukan ekonomi negara Malaysia. Contohnya, sejak zaman
penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar bijih
timah dan getah maka melalui ruang ekonomi, Malaya pada ketika itu telah
menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara – negara maju seperti
Amerika Syarikat dan British untuk memajukan ekonomi.
Setelah merdeka, Malaysia telah mengambil langjah – langkah untuk
menggalakkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Maka pada tahun
1980, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah melancarkan Dasar
Pandang Ke Timur. Melalui dasar ini, Malaysia mengharapkan pelabur –
pelabur dari Timur seperti Jepun dan Korea dapat memasuki pasaran di
Malaysia seterusnya membantu Malaysia membangun seperti negara
mereka.

Faktor berikut yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia
ialah melalui Piagam Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu atau PBB.
Malaysia mula menganggotai PBB pada tahun 1957 iaitu selepas
kemerdekaan. PBB yang ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945 iaitu
selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa telah dibubarkan setelah
gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Pada awal
penubuhannya PBB hanya dianggotai oleh 51 buah negara sahaja namun
sehingga 2002, keanggotaannya telah meningkat kepada 189 buah negara.
Negara – negara yang menganggota PBB harus akur dengan piagam
PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip – prinsip
asas hubungan antarabangsa. Empat prinsip asas yang ditetapkan oleh PBB
ialah setiap dasar luar negara anggota PBB perlu² :
· Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
· Menggalakkan hubungan berbaik – baik antara negara anggota
· Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antaranbangsa dan
melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit
· Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara – negara
anggota

Lantaran itu, dasar – dasar luar negara Malaysia yang dibentuk haruslah
mengikuti piagam PBB yang telah ditetapkan seperti di atas.

Faktor lain yang mempengaruhi pertimbangan dan pembentukan dasar
luar Malaysia ialah faktor Geografi. Kita semua tahu bahawa Malaysia terletak
dikedudukan yang strategi di Asia Tenggara. Sejarah telah membuktikan
bahawa Melaka dahulunya adalah pusat perdangan di Asia Tenggara yang
terkenal. Malah ia menjadi pusat perkembangan ekonomi serantau Asia
Tenggara pada masa dahulu. Maka kedudukan Malaysia yang bersempadan
dengan hampir kebanyakkan negara di rantau ini seperti Thailand, Indonesia,
Singapura, Filipina dan Brunei telah mempengaruhi penggubalan dasar luar
negara Malaysia. Contohnya, perairan negara Malaysia telah menjadi laluan utama kapal
perdagangan maka penggubalan akta luar negara perlu diselaraskan agar
keselamatan Malaysia dan serantau terjamin. Selain itu, ia juga
mempengaruhi faktor kebanjiran pendatang asing untuk mencari peluang
pekerjaan di Malaysia maka, akta – akta yang berkaitan telah digubal bago
mengelakkan berlaku sebarang masalah dan ancaman kepada negara. Ini
berikutan kedudukan Malaysia yang strategim dan berada di tengah – tengah
negara ASEAN.

Terdapat beberapa perkara lagi yang boleh dikaitkan atau menjadi
faktor kepada pertimbangan dalam pembentukan dasar luar Malaysia sepert
dari segi bekas jajahan British, sudut agama Islam, Dasar Berkecuali dan
Prinsip Hidup Bersama. Kesimpulannya, faktor – faktor inilah yang telah
diambilkira oleh pihak kerajaan di dalam menggubal dasar luar negara agar
kestabilan dan keselamatan nasional negara Malaysia terjamin dan rakyat
hidup aman sejahtera.

Kesimpulannya, dapat kita lihat di sini perjalanan dasar luar Malaysia
yang bertitik tolak mulanya selepas kemerdekaan yang mana dari dasar pro-
Barat dan antikomunis, telah banyak dipengaruhi oleh Barat terutama British
yang menjajah negara. Namun, pihak pemerintah negara telah mengambil
inisiatif dengan mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik – baik dengan
semua negara di dunia kecuali Israel. Penubuhan ASEAN juga telah diiktiraf
oleh dunia. Selain itu, peranan ZOPFAN sebagai satu perjanjian yang
menjamian keselematan negara Malaysia daripada ancaman ketetenteraan
negara lain.

Dari segi ekonomi pula, melalui dasar luarnya, Malaysia telah
membangun dengan pesat dan menjadi contoh kepada negara – negara
membangun yang lain. Blok ekonomi yang dibentuk melalui EAEC telah
membuka mata dunia bahawa negara – negara kecil juga mampu
mengangani masalah ekonomi dan menjaga kestabilan ekonomi mereka
sendiri. Malaysia juga menerima banyak pengiktirafan oleh dunia di dalam
menangani isu – isu global dan penglibatan dalam mesej keamanan melalui
PBB malah beberapa pertubuahn Malaysia telah iakui oleh dunia seperti
peranan MERCY dan Aman Malaysia.

Akhir kata, Dasar Luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan
dan keamanan seluruh dunia banyak memberi kesan yang positif kepada
Malaysia sendiri. Ketokohan para pemimpin yang dimiliki oleh Malaysia telah
banyak membantu Malaysia terkenal di mata dunia. Malaysia kini mampu
meneruskan cabarannya sebagai sebuah negara yang membangun untuk
menjadi negara maju yang aman damai, cemerlang, gemilang dan terbilang.
BaTMaN_12

0 comments:

Post a Comment