atas permintaan ramai..gambar PD datang lagi!!!


hero-hero IR tgh pasang kemah

sempat beposing dlm kekalutan

ayam hangit..hangit tp sodap wooo

ini la dia peserta2 trip IR ke PD

kan aku dah kata..sodap ayam ni..tu nampak tinggal tulang ja tu..

Hari bowling IR


gambar sblm main boling
ni plak selepas main...
gamba ni plak time nak chow dah

gaya pengetua kelas sblm beliau membuat balingan....ke longkang..wahahaha

bebudak IR kontrol ayu n macho..hahah.




lion ni igt g kat tuan dia..sedey beb

IR'S PICTURES CLASS





Not in picture- Syafiq, Kecik, Adah, Arniza, Karen and Pan

Chantek ke tak chantek ke chantek tak?

International Relation

nape pensil ku ini tak de mata?????????






memang hebat manusia mencipta semua ini tetapi apalah ertinya kehebatan seorang manusia jika Allah tak dihebatkan....namun jangan kita lupa segala apa yang kita ada sekarang hanya pinjaman semata-mata dariNya...janganlah kita bongkak dengan apa yang dimilikki.....

by: syafiq samat
sponsored from: http://www.asaslp.blogspot.com/

Pesta Menangkap Ikan Argungu

Pesta Menangkap ikan Argungu adalah pesta 4 hari di wilayah Kebbi, di barat-utara Nigeria
Ribuan penangkap ikan membawa alat tangkapan tradisional dan buyung berdiri tegak menunggu bunyi tembakan senapang menandakan bermulanya pertandingan.

Sungai Matan Fada yang sempit bergelodak dengan ribuan manusia dan mereka hanya mempunyai masa selama satu jam sahaja untuk meraih hadiah juara ikan terbesar. Hadiah juara ialah sebuah bas baru dan 1 juta Naira (USD 7500)

Sungai Matan Fada adalah kecil sahaja tetapi mempunyai ikan yang banyak kerana mereka datang kesini setahun sekali sahaja.

Sejarah
Pesta Menangkap ikan Argungu bermula pada tahun 1934 sebagai satu tanda perdamaian antara Kesultanan Sokota dan kerajaan Kebbi yang telah berperang beberapa lama sebelumnya.

Bilangan peserta sentiasa bertambah tahun demi tahun, sehingga mereka mengalami masaalah untuk mengambil tempat menangkap ikan. Tangkapan terbesar pernah diperolehi selepas satu jam adalah 75kg.

Pelbagai acara sampingan diadakan bagi memeriahkan lagi Pesta Menangkap Ikan Argungu

Peralatan
Hanya dua jenis alat tradisional dibenarkan. Iaitu satu pukat ( sauk ) yang menyerupai untuk menangkap udang gagau (baring). Dan satu buyung (calabash – Nigeria) yang digunakan untuk mengisi ikan dan juga dijadikan pelampung.

Biasanya pesta ini turut dihadiri sama oleh orang-orang kenamaan termasuk Presiden Obasanjo.












Acara Sampingan


Taukeh calabash

Trip IR To Port Dickson






Aduh!!!!!bestnye yang trip budak-budak IR pegi nie....ruginya sape yang tak join.....hehehehehehehe apa-apa pun aku join n memang best giler...macam-macam perangai ada n kat sini barulah aku dapat kenal dengan lebih rapat dengan budak-budak IR...hope pasni klu IR buat program join ar...bukan slalu lepas nie nak konvo dah pastu dh tak jumpa dah dengan kitorang....tenkiu to Arina kerana dah susah payah anjurkan program nie.....tq yek...wasalam....

by:syafiq samat
my blog:http://www.asaslp.blogspot.com/


Penyusunan Semula Kuasa Asia Pasifik

Sejak berakhir Perang Dunia ke-2, dunia kini sedang menyaksikan satu penyusunan semula dan perubahan imbangan kuasa terbesar, yang antara medan utamanya ialah rantau Asia Pasifik.

Menjelang sidang kemuncak Apec di Australia, beberapa perkembangan menunjukkan satu kesungguhan baru kuasa-kuasa dunia untuk mempengaruhi aturan kuasa dunia.

Pada 4 September, Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan India, kumpulan yang secara efektif merupakan satu "pakatan anti-China" memulakan latihan ketenteraan besar-besaran selama seminggu di Teluk Bengal, India, dalam latihan terbesar pakatan empat negara berikutan pertemuan pemimpin empat negara itu di Manila, Filipina Mei lalu.

Pada 5 September, Presiden George W Bush dan Perdana Menteri John Howard menandatangani perjanjian kerjasama perdagangan ketenteraan di Sydney, menjanjikan akses lebih luas teknologi terkini AS kepada Australia, satu titik penting dalam hubungan rapat kedua-dua negara dan mengukuhkan lagi peranan Australia sebagai sekutu utama AS di Asia Pasifik.

Kemudian, pada 6 September, presiden Rusia, Vladimir Putin tiba di Jakarta, Indonesia untuk menyempurnakan urusan pembelian senjata bernilai AS$1 bilion, termasuk 20 buah kereta kebal, 15 helikopter dan dua kapal selam terkini buatan Rusia dengan Indonesia dan bertemu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam usaha untuk mempertingkatkan kerjasama ekonomi dan ketenteraan.

Canberra dan Tokyo membina hubungan ketenteraan yang lebih rapat apabila perdana menteri kedua-dua negara menandatangani Deklarasi Bersama Jepun-Australia mengenai Kerjasama Keselamatan di Tokyo Mac lalu, selepas lawatan naib presiden Amerika Syarikat, Dick Cheney ke Australia dan Jepun.

Sejak itu, Jepun terutamanya terus berusaha agar pakatan itu diperkukuhkan dengan penyertaan India, negara yang terlibat dalam penubuhan pergerakan berkecuali yang semakin rapat dengan Washington, lebih-lebih lagi berikutan kerjasama nuklear yang baru dicapai. Hasrat Tokyo itu semakin jelas dilihat melalui lawatan Perdana Menteri Abe ke New Delhi baru-baru ini.

Abe menjanjikan bantuan ekonomi kepada India sekiranya New Delhi bersedia mengetuai satu pakatan negara-negara demokratik, yang juga bermakna menyertai pakatan untuk mengekang pengaruh China.

Disebabkan pelbagai kepentingan, India masih meneruskan dasar berkecualinya dalam banyak hal sehingga dianggap sesetengah pihak sebagai gagal membuat keputusan. Dasar luar India untuk satu tempoh yang panjang banyak difokuskan pada Pakistan, negara jirannya yang juga sekutu penting kedua-dua China dan AS.

Tetapi, walaupun cuba memulihkan dan membina hubungan baik dengan China, India kelihatan semakin condong kepada pakatan diketuai Washington. India masih tidak menghantar wakil peringkat menteri luar atau ketua negara ke sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang diterajui China dan Rusia.

Kemudian, tidak lama selepas sidang kemuncak SCO berakhir, India menjadi tuan rumah latihan perang besar-besaran pakatan strategik untuk menangani kebangkitan China.

Latihan bersama itu menyaksikan penyertaan terbesar kapal perang India dalam latihan bersama negara lain.

Latihan itu ialah latihan kedua yang mengundang kemarahan China selepas latihan AS, Jepun dan India di Laut China Selatan April lalu.

Negara-negara terbabit, yang membina pakatan dinamakan "Inisiatif Quadrilateral" bagaimanapun terus menegaskan pakatan mereka tidak ditujukan terhadap China.

Sebelum itu, selari dengan mesyuarat ketua negara SCO, latihan perang besar-besaran melibatkan semua negara anggota SCO diadakan di China dan India. Latihan di India itu jelas kelihatan seperti respons empat negara terbabit terhadap pengaruh SCO.

Kedua-dua Australia dan Jepun menghantar wakil pegawai kanan ke New Delhi, antaranya menteri pertahanan Australia, Brendan Nelson, Laksamana Russell Shalders dari tentera laut Australia dan menteri pertahanan Jepun, Yuriko Koike, untuk membincangkan latihan ketenteraan dinamakan Malabar 07-02 itu.

Australia dan Jepun ialah dua negara yang akan menerima kesan langsung daripada peningkatan kuasa China dan merupakan dua negara yang mampu bekerjasama dengan Washington untuk menangani kebangkitan China.

Kedua-dua Canberra dan Tokyo sedar mereka perlu bergantung pada persahabatan dan sokongan AS untuk menangani apa yang dilihat sebagai ancaman dari rantau Asia Pasifik. Kedua-dua negara melihat ancaman sekeliling semakin meningkat.

Jepun bimbang dengan peningkatan keupayaan tentera China, sekaligus pengaruhnya di Asia Timur, manakala Australia, selain bimbang dengan peningkatan China, juga melihat Indonesia dengan penuh syak sebagai tempat subur bagi gerakan radikal seperti Jamaah Islamiyyah.

Hal itu mendorong kedua-dua negara untuk terus bersama AS dan mengukuhkan pakatan ketenteraan mereka. Perjanjian perdagangan pertahanan yang ditandatangani Howard dan Bush itu telah mempertingkatkan lagi hubungan baik Canberra dengan Washington, dan mengukuhkan lagi peranan Australia sebagai sekutu penting AS di rantau Asia Pasifik.

Dengan perjanjian itu (kedua-dua negara perlu memperincikan peruntukan perjanjian itu dan perlu disahkan badan legislatif masih-masing) Australia akan menyamai taraf Britain, sekutu paling rapat AS dari segi akses kepada teknologi "sensitif."

Perjanjian itu akan memudahkan lagi operasi kedua-dua pasukan tentera dan meningkatkan keupayaan ketenteraan Australia. Kedua-dua negara juga sedang membincangkan penjualan pesawat terkini F-35 kepada Australia, bernilai AS$16 bilion, selain peralatan canggih lain seperti peluru berpandu dan radar.

Australia dan Jepun turut terlibat dalam rancangan AS untuk membina sistem pertahanan peluru berpandu di Asia Pasifik. Pemimpin AS, Australia dan Jepun dijangka membincangkan rancangan itu dalam mesyuarat pertahanan tiga pihak pertama mereka di Sydney 8 September ini. Negara yang dilihat sebagai ancaman sudah tentu ialah China dan Korea Utara, disebabkan potensi mereka dan kedudukan di Asia Pasifik. - 6 September, 2007

BY: SYAFIQ SAMAT
MY BLOG:http://www.asaslp.blogspot.com/

Salam Pertemuan

Selamat datang kepada semua student IR Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pembikinan laman Blog ini adalah khusus buat semua student yang sedang mengikuti program Hubungan Antarabangsa di UKM. Tujuan pembikinannya adalah untuk menjadi medan interaksi student IR antara satu sama lain. Sambil berkongsi maklumat, sambil kita rapatkan tali persahabatan antara kita.

Selamat melayar. Komen anda terhadap laman ini amat dialu-alukan.