Konflik di bosnia; Bagaimana ianya berlaku

DISEDIAKAN OLEH :
MOHAMMAD FIRDAUS B. ASHAARI. A112027
WAN NOORHADILA WAN HASSAN A111679
NOR HAFIZAH MUHD ZAMRI A111611
SITI LATIFAH BT MUSTAFA A115639
ROZITA REDZUAN A112350
ONG WUI CHING A111016




1.0 PENDAHULUAN.

1.1 Definisi Konflik.

Perang dan keamanan merupakan konflik dunia moden sekarang. Konflik dalaman sesebuah negara akan memeberi kesan kepada keamanan, kestabilan dan sosial kepada sesebuah negara tersebut. Sehubungan itu, banyak negara moden sekarang cuba untuk mengelak kewujudan dan perkembangan konflik dengan cara menguruskan sesuatu konflik yang mampu dan berpotensi mewujudkan krisis. Chamil Wriya (1989), medefinisikan konflik sebagai pertentangan dan perbezaan pendapat atau objektif atau pendirian antara dua atau lebih daripada dua negara terhadap sesuatu perkara.[1] Melalui konflik, krisis juga boleh berlaku antara dua atau lebih pihak yang punyai prinsip yang berbeza. Boleh dilihat krisis adalah satu konsep yang berbeza dengan konflik. Ini kerana krisis boleh berlaku tanpa diduga dan ia merupakan sebahagian daripada konflik. Hobbes berpendapat bahawa konflik antara individu adalah bersifat semula jadi. Ini kerana setiap individu akan menurut peraturan semuala jadi atau primitif.[2] Namun melalui aspek pemuafakatan dan sifat bertoleransi akan membentuk persetujuan dan penyelesaian yang dapat meminimumkan risiko pertelingkahan dan menghasilkan keputusan yang dapat menjaga kepentingan bersama.




2.0 SEJARAH NEGARA YUGOSLAVIA.

2.1 Sejarah Awal Yugoslavia.

Apabila Sarajevo menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada 1463, ia turut mempunyai hubungan dengan agama Islam. Ia terus berada di bawah kuasa Turki Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun. Sepanjang tempoh yang cukup panjang ini, Slavs yang mempunyai hubungan dengan mazhab Kristian yang dipanggil "Bogomils" dan tinggal di kawasan Bosnia-Herzegovina, telah memeluk Islam dengan kerelaan hati mereka sendiri.[3] Dengan itu, umat Islam muncul di Bosnia, di tengah-tengah Semenanjung Balkan. Berikutan dengan Perjanjian Berlin pada 1878, Bosnia telah diberikan kepada Empayar Austria-Hungary, walaupun ia masih sebahagian daripada kawasan Turki Uthmaniyyah. Namun akhirnya ia telah ditawan pada 1908, dan Bosnia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Islam. Orang-orang Islam melihat pemergian Turki Uthmaniyyah dengan penuh kesedihan kerana mereka telah membayangkan penganiyaan yang dahsyat yang bakal diterima di bawah sistem pemerintahan baru. Sesungguhnya tidak lama selepas pengunduran Turki Uthmaniyyah, serangan dan gangguan terhadap umat Islam pun bermula.

Bosnia merupakan kawasan yang menimbulkan konflik antara gereja Katolik dan Ortodoks, ini kerana Bosnia terletak di antara negeri Byzantium dan Frankish. Masa yang sama telah muncul gereja di antara kedua-dua gereja besar ini dan pada penghujung abad-14 dan awal abad-15, penganut gereja Bosnia ini telah memeluk agama Islam secara beramai-ramai.Di sinilah bangsa atau orang Islam Bosnia terbentuk berasaskan kaum dan linguistik Bosnia-Slav dan melalui asimalasi budaya Islam. Bagaimanapun keagamaan, Pengalaman dan politik adalah berbeza. Empayar Othmaniah diperluaskan sehingga ke kawasan Balkan dan Eropah. Empayar Othmaniah merupakan sebuah negara Islam dan tidak pernah melakukan sebarang jenis penghapusan samada dari segi fizikal atau dari segi agama bagi nagara jajahannya. Malah dalam banyak segi negara jajahannya sering melibatkan diri dalam sistem ekonomi, pertahanan dan pentadbiran empayar Othmaniah sambil mengekalkan agama dan budaya asal mereka.


Konflik politik dan ketenteraan di antara negara Eropah dengan Empayar Othmaniah mengancam penduduk di kedua-dua belah sempadan yang memisahkan negara Islam dan Kristian. Abad ke-17 dan ke-18 wujud peperangan di antara Austria dan Venetian yang berada di satu pihak dan Empayar Othmaniah di satu pihak lagi, tentera yang berperang bagi kedua-dua belah pihak terdiri daripada orang Islam Bosnia, Serb, Croat dan Montenegro, ini menyebabkan Empayar Othmaniah telah berundur dari Bosnia. Penghapusan kaum yang paling dahsyat telah disaksikan oleh Eropah. Kempen penghapusan orang Islam Bosnia bermuda ketika perang Viena pada tahun 1683 hingga 1699 yang menyebabkan Empayar Othmaniah kehilangan wilayahnya di Hungary, Slavonija, Lika ,Dalmatia dan Boka Kotorsa. Namun penghapusan kaum di zaman moden ini ialah keinginan penganut dan penaung ideologi pemerintah di Balkan terutamanya Serbia dan Montgnegro untuk mewujudkan wilayah yang tulen dengan kaum mereka semata-mata [4]


2.2 Sejarah Moden Yugoslavia.

Negara Bersekutu Yugoslavia dibahagikan kepada enam republik berasakan etnik yang berbahasa Slav, iaitu Serbia, Croatia, Bosnia Herzegovina, Slovenia, Macedonia dan Montenegro. Negara Yugoslavia juga mempunyai dua provinsi yang berkerajaan sendiri, iaitu Kosovo dan Vojvodina. Kosovo mengandungi golongan yang kebanyakan bertutur dalam bahasa Albania dan Serb. Vojvodina mengandungi rakyat berbagai etnik seperti Slav, Hungary dan Romania. Kedua-dua provinsi ini berada di bawah kekuasaan Serb.

Pembentukan Yugoslavia (Yugaos dalam bahasa Slav) bermaksud Selatan, dengan itu Yugoslav bererti orang Slav Selatan dan Yugoslavia bermaksud negara atau tanah orang Slav Selatan. Slav merupakan satu rumpun bangsa yang terdapat di Eropah Timur. Orang Rusia juga tergolong dalam rumpun bangsa ini. Bagi orang Rusia yang berada di bahagian Utara Eropah Timur layak digelar sebagai orang Slav Utara. Sebelum Yugoslavia hancur, negara ini bersempadan dengan atau dikeliling oleh negara Itali, Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Greece dan Albania. Orang Slav Selatan dan orang Slav Utara dipisahkan antara satu sama lain oleh beberapa rumpun bangsa lain seperti Bangsa Jerman yang mendiami Austria, bangsa Magyar yang mendiami Hungary dan bangsa Romania yang mendiami Romania. Sebelum perang dunia pertama, Yugoslavia belum wujud dan orang Slav Selatan merupakan oarang yang terjajah di bawah pemerintahan kuasa-kuasa besar pada masa itu, iaitu Austria, Hungary (Austria-Hungary) dan Turki.


Di akhir Perang Dunia Pertama, setelah pembubaran empayar Turki dan kekalahan kuasa Jerman yang mana termasuk dengan Austria, idea untuk menyatukan kesemua orang Slav Selatan dapat direalisasikan. Dengan itu, sebuah negara-bangsa Slav Selatan telah terbentuk di bawah naungan Raja Alexander 1. Pada mulanya ia dikenali sebagai Kerajaan Beraja Serb( orang Serbia), Croat( orang Croat) dan Slovene( orang Slovenia) pada tahun 1918 hingga 1929. Kemudian ia pula dikenali sebagai Kerajaan Yugoslavia( Kingdom of Yugoslavia) pada tahun 1929 hingga 1941.Di bawah pemerintahan Raja Alexander 1, Yugoslavia pada teori merupakan kerajaan demokrasi berparlimen. Namun, pada hakikatnya ia lebih merupakan satu pemerintahan autokrasi raja. Kemudian pada tahun 1934 Raja Alexander telah dibunuh oleh seorang nasionalis Marcedonia. Ianya telah digantikan dengan Putera Paul. Paul sebenarnya memerintah bagi pihak pewaris takhta yang sah, yakni Raja Peter. Ini kerana Raja Peter baru berusia sebelas tahun. Yugoslavia turut dikenali sebagai Yugoslavia Pertama, yang telah dilanggar olah tentera Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Akibat kemaraan tentera Hitler pada April 1941, negara Yugoslavia musnah.


Semasa Perang Dunia Kedua, Jerman telah menduduki sebahagian dari bekas Yugoslavia Pertama, sementara bahagian yang lain telah dikuasai oleh sekutu kuasa Fasis(Jerman) tersebut. Kuasa Satelik Jerman yang menduduki tanah bekas Yugoslavia Pertama pada masa Perang Dunia Kedua itu ialah Bulgaria, Hungary dan Itali. Croatia pula ditadbir oleh golongan Fasis Croatia yang dikenali sebagai Ustashe dan Ustashe ini merupakan tali barut kepada pihak Fasis Jerman. Di bekas Yugoslavia Pertama, terdapatnya puak atau kumpulan orang Slav Selatan yang bekerjasama dengan pihak Nazi, yakni Ustashe di Croatia. Dengan itu, pertempuran di negara itu wujud dalam dua dimensi, di satu pihak terdapat pertentangan di antara orang Slav Selatan terhadap kuasa penjajah Jerman. Manakala, pihak yang lain pula terdapat unsur perang saudara kerana sebahagian orang Slav Selatan, terutamanya etnik Serb turut menentang orang Croatia, khususnya kumpulan Ustasshe. Masa yang sama golongan Serb yang menentang tentera Nazi terbahagi kepada dua gerombolan utama. Kumpulan pertama yang dikenali sebagai Partisan dan diketuai oleh Josip Broz (Tito). Kumpulan ini memperjuangkan penyatuan semula Yugoslavia berlandaskan ideologi Marxis atau komunis. Sementara golongan yang kedua pula, digelar Chetnik yang berada di bawah pimpinan Kolonel Draza Milhajlovic, Yang mana golongan ini memperjuangkan penubuhan semula pemerintahan beraja di Yugoslavia. Pada dasarnya dua kumpulan ini saling bekerjasama antara satu sama lain iaitu memerangi tentera Nazi. Namun kerjasama ini akhirnya pudar apabila puak Chetnik merupakan golongan anti-komunis dan begitu memusuhi serta membenci komunisme yang jauh melebihi sikap anti Nazisme.


Di atas pendirian anggota Chetnik telah membawa mereka kepada bekerjasama dengan tentera Nazi. Inisiatif kerjasama Chetnik-Nazi adalah bagi memastikan dan berharap anggota Chetnik dan orang awam terutamanya di Croatia, tidak akan menerima layanan kejam dari pemerintahan Nazi. Secara jelasnya, konflik yang terdapat di bekas Yugoslavia sepanjang Perang Dunia Kedua begitu kompleks. Persengketaan di antara Croat yang menyebelahi Nazi dan Serb yang menentang Nazi jelas merupakan satu-satunya perseterusan yang amat sengit dan parah[5].


3.0 LATAR BELAKANG KONFLIK.

Perang di Bosnia Herzegovina, yang lebih dikenali sebagai Perang Bosnia, adalah sebuah konflik senjata antarabangsa yang berlaku pada Mac 1992 hingga November 1995. Perang ini melibatkan beberapa pihak. Menurut penilaian Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Yugoslavia dahulu, konflik ini melibatkan Bosnia, dan Republik Persekutuan Yugoslavia (kini Serbia dan Montenegro)[6], dan juga Croatia[7]. Menurut penilaian Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Serbia memberi sokongan ketenteraan dan kewangan kepada angkatan tentera Serb yang terdiri daripada Tentera Rakyat Yugoslav (kemudian menjadi Tentera Serb dan Montenegro), Tentera Republik Srpska, Menteri Dalaman Serbia, Menteri Dalaman Republik Srpska dan Angkatan Pertahananan Kawasan Serb. Croatia memberi sokongan ketenteraan kepada tentera Croat untuk mengisytiharkan diri mereka sebagai Komuniti Croatia Herzeg-Bosnia. Tentera kerajaan Bosnia pula diketuai oleh Tentera Republik Bosnia-Herzegovina[8]. Perkara ini telah mengubah objektif dan kesetiaan beberapa kali dalam beberapa peringkat dalam perang ini.

Oleh kerana perang di Bosnia-Herzergovina adalah kebarangkalian daripada ketidakstabilan etnik yang besar dalam Yugoslavia pada masa itu, dan berikutan daripada campurtangan negara jiran, Croatia dan Serbia dan Montenegro, ia telah menyebabkan perbahasan yang berpanjangan samada konflik ini adalah perang saudara atau perang pencerobohan. Kebanyakan orang Bosnia dan Croat, ahli politik barat dan organisasi hak asasi manusia menyatakan bahawa perang itu adalah perang pencerobohan oleh pihak Serbia, manakala orang Serb pula menganggapnya sebagai perang saudara.

Sebuah perbicaraan telah diadakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, berikutan daripada pengeluaran saman daripada Bosnia-Herzegovina pada tahun 1993 menentang Serbia dan Montenegro mendakwa berlakunya pembunuhan kaum di sana. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan pada 26 Februari 2007 dan menentukan bahawa perang itu bersifat antarabangsa, meskipun Serbia bertanggungjawab untuk pembunuhan kaum yang dilakukan oleh tentera Serb daripada Republik Srpska. ICJ juga menyimpulkan lagi bahawa, pihak Serbia telah gagal untuk mengelakkan pembunuhan kaum yang dilakukan oleh tentera Serb daripada berlaku dan mereka juga gagal untuk menghukum mereka yang melakukannya, terutamanya Jeneral Ratko Mladic, dan membawa mereka ke muka pengadilan. Walaupun terdapat bukti pembunuhan, pengepungan bandar, aktiviti perogolan besar-besaran, pemusnahan etnik dan penderaan di kem dan pusat tahanan yang dikendalikan oleh tentera Serb yang berlainan terutama sekali Prijedor, Zvornik, Banja Luka dan Foča, hakim mengatakan bahawa kriteria pembunuhan beramai-ramai dengan niat tertentu untuk memusnahkan orang Islam di Bosnia hanya berlaku di Srebrenica ataupun di Timur Bosnia sahaja pada tahun 1995[9]. Mahkamah juga menyifatkan bahawa jenayah yang dilakukan sepanjang tahun 1992 hingga 1995 sebagai Perang Kemanusiaan mengikut undang-undang antarabangsa, akan tetapi akta ini tidak membentuk akta berkaitan pembunuhan kaum[10].

Penyertaan NATO, semasa Operasi Ketenteraan Terancang pada tahun 1995 menentang kedudukan Tentera Republik Srpska telah mengantarabangsakan konflik ini, namun hanya pada di peringkat akhir konflik. Perang itu telah ditamatkan selepas menandatangani Perjanjian Umum Rangka Untuk Keamanan di Bosnia-Herzegovina di Paris pada 14 Disember 1995[11]. Rundingan keamanan telah diadakan di Dayton, Ohio, dan mencapai kata putus pada 21 Disember 1995. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Dayton.

Kajian terbaru menemui anggaran jumlah mangsa perang sekitar 100,000 – 110,000 telah terbunuh ( orang awam dan tentera) dan 1.8 juta orang terpaksa berpindah. Hasil kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa kebanyakan daripada 97,207 dokumen mangsa[12] ( tentera dan orang awam ) semasa Perang Bosnia adalah orang Bosnia (66%), Serb (25%) dan seramai Croat (8%)[13]. Bagaimanapun, 83 peratus mangsa dalam kalangan orang awam adalah orang Bosnia, 10 peratus orang Serbia dan lebih daripada 5 peratus terdiri daripada orang Croat, diikuti dengan sejumlah kecil bangsa lain seperti orang Albania dan Romania. Sekurang-kurangnya 30 peratus mangsa orang awam adalah wanita dan kanak-kanak[14]. Peratusan mangsa orang awam Bosnia boleh meningkat jika mereka yang terselamat tidak melaporkan bahawa 1,800 daripada ahli keluarga mereka telah bertugas sebagai askar untuk menyertai perkhidmatan sosial dan faedah daripada kerajaan. Jumlah sebenar kematian mungkin boleh meningkat secara maksimum kepada jumlah 10,000 lagi diseluruh negara dalam kajian pencarian seterusnya. Menurut laporan penuh pada tahun 1995 mengenai perang itu yang dikeluarkan oleh CIA, 90% daripada jenayah perang yang berlaku di Bosnia telah dilakukan oleh golongan Serb[15].

3.0 TANDA-TANDA AWAL KONFLIK (BIBIT-BIBIT PERPECAHAN NEGARA YUGOSLAVIA.)

Perang di Bosnia-Herzegovina berlaku ekoran daripada perpecahan Yugoslavia. Pada 1989, Slobodan Milosevic menjadi presiden Serbia. Krisis bermula di Yugoslavia berikutan kelemahan sistem komunis pada fasa akhir Perang Dingin. Di Yugoslavia, Parti Komunis Negara secara rasminya dikenali sebagai Perikatan atau Liga Komunis Yugoslavia, sedang kehilangan potensi ideologinya, manakala semangat nasionalis dan idea perpecahan telah mula muncul pada penghujung tahun 1980an. Ini boleh dilihat dengan jelas terutama di Serbia, Croatia dan Bosnia-Herzegovina, dan juga di Slovenia dan Republik Macedonia.

Pada Mac 1989, krisis di Yugoslavia menjadi semakin serius selepas penggunaan perubahan perlembagaan Serbia yang membenarkan Kerajaan Republik Serbia untuk melaksanakan kuasa yang efektif terhadap wilayah Kosovo dan Vojvodina. Hingga tahap itu, pembentukan keputusan mereka adalah bersifat kendiri. Setiap pihak mempunyai hak untuk satu undi di peringkat persekutuan Yugoslavia. Serbia, dibawah presiden Slobodan Milosevic, mempunyai kuasa untuk tiga undi daripada lapan undi dalam presidensi Yugoslavia. Dengan undi tambahan daripada Montenegro, Serbia memperoleh pengaruh yang lebih besar dalam bidang membuat keputusan di kerajaan persekutuan. Situasi ini telah membawa kepada bantahan oleh republik lain dan membawa kepada pembentukan Persekutuan Yugoslavia.

Pada Kongres Liga Komunis Yugoslavia pada 20 Januari 1990, delegasi daripada republik tidak bersetuju dengan isu utama dalam Persekutuan Yugoslavia. Ini telah menyebabkan delegasi daripada Slovenia dan Croatian meninggalkan Kongres itu. Delegasi dari Slovenia, diketuai oleh Milan Kucan meminta supaya perubahan demokratik dijalankan dan persekutuan yang longgar, tetapi delegasi dari Serbia, yang diketuai oleh Milosevic, menentangnya. Pada masa inilah, ia dianggap sebagai berakhirnya Yugoslavia.

Tambahan lagi, parti nasionalis mencapai kuasa di republik lain. Antara mereka, parti Kesatuan Demokratik Croatia, Franjo Tudman adalah yang paling penting. Pada 22 Disember 1990, Parlimen Croatia menggunakan Perlembagaan baru, merampas beberapa hak daripada puak Serb yang sebelum ini diberikan dalam Perlembagaan Sosialis. Ini telah mewujudkan lahirnya tindakan nasionalis dikalangan puak Serb di Croatia. Tambahan lagi, Slovenia dan Croatia sejurus selepas bermulanya proses kemerdekaan, yang membawa kepada konflik bersenjata sementara di Slovenia, dan perang besar-besaran di Croatia, dikawasan yang mempunyai populasi penduduk dari puak Serb.


4.1 Kewujudan Negara Bosnia-Herzegovina

Republik sosialis Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah negara yang mempunyai kedudukan amat strategik di tengah-tengah Semenanjung Balkan di Selatan Eropah, dengan keluasan 51129 kilometer persegi merangkumi lebih kurang satu perlima dari seluruh kawasan Yugoslavia, dengan kiraan penduduk sekitar empat juta orang. Negara ini didiami oleh tiga kelompok etnik yang utama iaitu Bosnia, Serbia dan Croatia, ibu kota Bosnia adalah Sarajevo. Bosnia mempunyai penduduk dari berbagai etnik yang mana majoritinya, sebanyak 57 peratus adalah umat Islam. Lebih kurang 40 peratus dari penduduk Yugoslavia. Dari jumlah ini, satu per tiga adalah golongan Serb, satu per tiga lagi golongan Islam, satu per lima merupakan keturunan Croat dan bakinya adalah lain-lain kaum. Kebanyakan orang Serb adalah penganut kristian Orthodoks dan orang Croat pula adalah pengikut Roman Katholik.


Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah wilayah perbatasan antara Kebudayaan Barat dan Timur. Pada pertengahan abad, wilayah tersebut menjadi perebutan pengaruh antara pihak Romawi Barat golongan Katolik dan Romawi Timur golongan Ortodoks. Orang Bosnia merupakan bangsa yang tertua dan megah di Eropah. Perang Dunia Kedua merupakan kegiatan penghapusan kaum secara besar-besaran. Peratusan penduduk Bosnia yang dibunuh merupakan peratusan terbesar selepas orang Yahudi di Yugoslavia. Sebab utama adalah kerana penghalangan kepada perluasan Serbia dan Croatia.

Selepas Perang Dunia Kedua orang Yahudi, Islam Bosnia, Serb dan Croatia semua terdedah kepada penghapusan kaum, Penduduk Islam Bosnia merupakan penghuni secara geopolitik, wilayah kaum Slav di selatan tengah negara yang pernah di kenali sebagai Yugoslavia. Wilayah tempat tinggal mereka meliputi dari sungai Vardar dan banjaran gunung Sarplanina dan Prokletije di Tenggara, ke sungai Sava dan Una di Barat Daya. Di sana mereka telah berkongsi tinggal bersama-sama dengan orang Serb, Croat, Montenegro, Albania dan Macedonia. Bosnia bersempadan dengan Republik Croatia di utara dan di barat, dan Republik Serbia dan Mantenegro di timur dan Selatan, sementara 20 kilometer daripada sempadan selatannya menyusur pantai Laut Adriatik.

5.0 PUNCA-PUNCA KONFLIK.

Faktor-faktor terjadinya konflik di Bosnia-Herzegovina disebabkan oleh pengisytiharan kemerdekaan oleh Croatia dan Bosnia daripada Serbia, pengiktirafan Eropah ke atas kedua-dua buah Negara tersebut, dan perang Croatia- Serbia yang walaupun singkat tetapi bersifat ganas dan kejam. Keganasan telah meletus pada April 1992 apabila kaum Bosnian Serbs bertindak ekoran daripada undian Bosnia untuk mencapai kemerdekaan. Mereka ini bertindak dengan menyerang Sarajevo dan kawasan lain iaitu kebanyakannya terdiri daripada bandar bermajoriti kaum muslim. Pihak Serbs menuntut supaya Bosnia digabungkan bersama Serbia. Peperangan secara pantas meletus dan mengambil tindakan yang bersifat etnisiti dan membabitkan kaum muslim, Serbs dan Croats berkonflik sesama mereka untuk menakluki wilayah Bosnia tersebut.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, beribu-ribu penduduk muslim lelaki dikeluarkan secara paksaan dan kemudiaanya dibunuh. Selepas itu, pasukan Pertahanan PBB UNPROFOR, yang telahpun ditubuhkan di Croatia bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan mencari jalan penyelesaian bagi mengakhiri perang Serbia-Croatia sebelum ini telah diperbesarkan dan ditugaskan ke Bosnia dengan tujuan mencegah keganasan lebih lanjut pihak Serbs.


Selain itu, sikap golongan Serb yang berhasrat menguasai semua etnik di Yugoslavia telah mencetuskan konflik. Golongan Serb memaksa etnik di Yugoslavia supaya menggunakan bahasa Serb dan menganut Kristian Orthodoks. Golongan Serb juga menggembar-gemburkan propaganda yang mana mereka akan menjadi mangsa penindasan Pope, umat islam, keturunan Croat dan Albania. Gembar-gembur ini hebat mengatakan orang Bosnia hendak menubuhkan sebuah negara Islam Fundamentalist di Bosnia.


Ketua golongan Serb iaitu Slobodan Milosevic adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan konflik dengan menyebarkan dakyah kononnya mereka akan dimusnahkan oleh pihak musuh. Dengan ini, para pemimpin golongan Serb telah berjaya menanamkan perasaan ketakutan dikalangan orang Serb keseluruhannya. Dakyah-dakyah tersebut telah menyakinkan rakyat Serbia bahawa mereka terpaksa mempertahankan diri. Oleh itu, golongan Serb telah memperbesarkan tentera mereka, Tentera Nasional Yugoslavia (YNA) dengan membeli senjata dan menjalankan latihan peperangan. Manakala Bosnia pula tidak sekali-kali berniat hendak menakluki sesiapa. Umat islam di Bosnia-Herzegovina juga tidak pernah bercita-cita menubuhkan Negara Islam Fundamentalis.


Slobodan Milosevic juga bercita-cita tinggi untuk menjadikan bangsa Serb sebagai satu bangsa yang kuat dan berkuasa. Milosevic dikenali sebagai pemimpin nasionalis Serbia yang mahu mewujudkan Negara Serbia Raya (Greater Serbia). Beliau bermain dengan sentimen nasionalisme dan perkauman Serbia. Milosevic telah berjaya menawan hati rakyat Serbia dengan wawasannya untuk mewujudkan gagasan Serbia Raya, suatu wawasan politik yang menggabungkan semua wilayah tradisi Serbia, bukan sahaja di Serbia malah di Croatia dan Bosnia- Herzegovina. Wawasan inilah yang membawa perang di Bosnia.[16]


Beliau tidak pernah menghiraukan bagaimana untuk mencapai cita-citanya. Beliau terus bertindak untuk mencapai cita-cita itu biarpun dengan cara yang tidak berprikemanusiaan yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah dunia. Beliau dan ketua-ketua golongan Serb yang bersefahaman dengannya telah meniupkan semangat keunggulan orang Serb. Seterusnya, orang-orang Serb pun diperingatkan supaya bersiap sedia mempertahankan diri dan keluarganya dari dijajah. Mereka juga ditiupkan dengan semangat kepahlawanan bangsa dan betapa mustahaknya mereka hidup di sebuah negara yang kuat dan terhormat. Berbagai dongeng tentang kepahlawanan dan kesaktian silam orang-orang Serb digunakan untuk membakar semangat perjuangan. Konflik yang tercetus pada asasnya adalah berpunca dari satu ego dan perangai keagungan bangsa Serb dan cita-cita mereka untuk menakluki kaum lain yang senegeri atau yang berjiran dengan mereka.

6.0 KONFLIK SEMASA.

Negara bersekutu Yugoslavia dibahagikan kepada enam republik berasaskan etnik yang berbahasa Slav iaitu Serbia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Slovenia, Macedonia, dan Montenegro. Bibit-bibit persengketaan etnik di wilayah ini bermula sebelum penubuhan Yugoslavia lagi. Pada 28 Jun 1914, segolongan pemuda Serb telah membunuh Putera Mahkota Austro-Hungary, Duke Ferdinand dan isterinya Sophia. Tindakan ini merupakan faktor tercetusnya perang dunia pertama yang turut menghancurkan empayar Austro-Hungarian dan negara-negara jirannya. Dalam keadaan ini, sebuah negara baru ditubuhkan iaitu Yugoslavia.[17]


Semangat dan revolusi komunisme pada masa tersebut hasil daripada kejayaan perjuangan pekerja-pekerja Rusia telah mempengaruhi golongan pekerja-pekerja dan kaum intelek Yugoslavia yang baru wujud. Semangat ini telah mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat Yugoslavia dan mencegah daripada berlakunya permusuhan sesama sendiri. Pada tahun 1921, Yugoslavia telah diisytiharkan menjadi Negara yang mengamalkan system pemerintahan beraja. Sistem ini berpanjangan sehingga bermulanya perang dunia kedua yang mengakibatkan Yugoslavia dilanggar oleh pihak Jerman pada 6 April 1941.


Tito dan ahli-ahli parlimen komunis dan rakyat Yugoslavia memberontak menentang tentera Jerman. Pada masa yang sama, di Yugoslavia tercetusnya perang saudara di antara pelbagai etnik. Keadaan ini menyebabkan Yugoslavia menerima kerosakan yang teruk dan lebih kurang 1.75 juta dari 15 juta rakyat telah terkorban kebanyakannya disebabkan peperangan sesama sendiri.[18] Selepas perang dunia kedua berakhir pada tahun 1945, Yugoslavia telah diisytiharkan sebagai sebuah Negara bersekutu di bawah pimpinan Tito yang memerintah secara diktator. Beliau berjaya mengekalkan perpaduan semua etnik. Disamping itu, beliau berjaya mewujudkan sedikit kestabilan dan kemakmuran.


Pada tahun 1974, Tito telah menggubal satu perlembagaan baru untuk Yugoslavia bagi mewujudkan pemerintahan presiden bersama. Tito mati dalam tahun 1980 dan kuasanya telah diambil oleh Milosevic. Milosevic gagal mengekalkan perpaduan dan kerjasama di antara etnik di Yugoslavia. Keadaan ini menyebabkan perasaan tidak puas hati merebak. Seterusnya sikap tidak mempercayai dan syak wasangka di antara etnik yang telah diwarisi sejak zaman berzaman kembali menyemarak. Hal ini menjadikan ekonomi serta industri di Yugoslavia semakin merosot dan inflasi semakin meningkat. Keadaan menjadi lebih teruk apabila berbagai etnik terutamanya pihak Serb menuntut kuasa autonomi yang lebih.

Oleh itu, Yugoslavia berpecah belah dan gagal berfungsi sebagai negara persekutuan. Hal ini demikian kerana, rakyat yang pelbagai etnik tidak lagi dapat bekerjasama. Kehancuran fahaman komunis juga turut menyebabkan perpecahan tersebut. Pada tahun 1991, rakyat Bosnia- Herzegovina menyertai pilihanraya bebas yang pertama iaitu majoritinya mengundi untuk keluar dari Yugoslavia dan membentuk sebuah Negara bebas merdeka.[19] Namun, keadaan yang lebih teruk ialah sikap golongan Serb yang berhasrat menguasai semua etnik di Yugoslavia dengan memaksa mereka menggunakan bahasa Serb dan menganut agama Kristian Orthodoks.

Golongan Serb juga menggempar-gempurkan propaganda kononnya mereka akan menjadi mangsa penindasan Pope, umat islam, keturunan Croat dan Albania. Dakyah berkenaan diperhebatkan dengan gembar-gembur kononnya orang Bosnia hendak menubuhkan sebuah islam Fundamentalist di Bosnia- Herzegovina. Akibat dari dakyah-dakyah tersebut, golongan Serb memutuskan bahawa mereka hendaklah bertindak untuk mencegah umat islam Bosnia dan presiden Alija Izetbegovic daripada menubuhkan sebuah negara islam Fundamentalist ala-Iran. Pihak Serb juga menganggap bahawa tindakan umat islam Bosnia itu akan menjadi satu ancaman besar kepada seluruh Eropah.[20]Dakyah-dakyah yang telah disebarkan ini telah mengakibatkan berpuluh ribu tentera simpanan Serbia dikerahkan masuk ke Bosnia- Herzegovina. Golongan Serb berharap menerusi tekanan tentera ini, orang Bosnia akan terpaksa meninggalkan kebebasan dan tanah air mereka. Peperangan di Bosnia-Herzegovina meletus pada 6 April 1992. Tentera simpanan Serbia ini telah memulakan keganasannya dengan membunuh, merogol dan memusnahkan rumah-rumah orang awam, keretapi, dan bas kepunyaan rakyat Bosnia- Herzegovina yang beragama islam dan Roman Katholik.

Bagaimanapun, apabila pihak yang dizalimi berjaya menahan keganasan tersebut, golongan Serb seterusnya memulakan tekanan secara ekonomi. Mata wang dicetak secara berleluasa dan tanpa kawalan serta jaminan semata-mata untuk membiayai perbelanjaan tentera Tentera Nasional Yugoslavia (YNA). Tindakan tersebut telah merosakkan ekonomi Bosnia-Herzegovina. Bosnia-Herzegovina yang merupakan negara yang berdaulat dan diiktiraf oleh PBB telah diragut kekejaman dan kezaliman daripada golongan Serb.

7.0 AKTOR-AKTOR YANG TERLIBAT

Didalam konflik di Bosnia, terdapat beberapa aktor yang memainkan peranan yang cukup aktif. Aktor-aktor ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, aktor dalaman dan aktor luaran. Aktor-aktor ini termasuklah aktor negara dan aktor bukan negara. Aktor-aktor yang terlibat dalam proses hubungan interaksi dan tawar menawar ini termasuklah organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Perjanjian Pertahanan Atlantik Utara (NATO), individu-individu seperti pemimpin dan warganegara negara-negara tertentu, kumpulan-kumpulan tertentu dan pelbagai lagi aktor yang boleh disenaraikan.

7.1 Aktor Dalaman.

Aktor dalaman yang terlibat dalam konflik di Bosnia ini ialah puak Bosnia, Serbia dan Crotia. Sikap puak Serb yang berhasrat untuk menguasai semua etnik di Yugoslavia dengan memaksa mereka untuk menggunakan bahasa Serb dan menganut Kristian Orthodoks telah membawa kepada konflik ini. Golongan Serb juga telah membuat propaganda bahawa mereka akan ditindas oleh penindasan Pope, umat Islam , keturunan Crotia dan Albania. Puak Serb juga mengatakan bahawa orang Bosnia akan menubuhkan sebuah negara Islam di Bosnia yang akan memberi ancaman kepada seluruh Eropah.
Sogokan fitnah itu telah menyebabkan rakyat Serbia yakin mereka perlu bangkit untuk mempertahankan diri dan telah membesarkan tentera mereka iaitu Tentera Nasional Yugoslavia (YNA). Tentera Serb juga telah membeli senjata dan mengukuhkan barisannya melalui latihan peperangan. Pada hakikatnya, ketua puak Serb, Slodan Milosevic, telah mencetuskan konflik ini untuk menjadikan bangsa Serb sebagai suatu bangsa yang kuat. Banyak tentera simpanan Serbia telah dikerahkan masuk ke Bosnia-Herzegovina. Puak Serb telah melakukan keganasan yang kejam terhadap rakyat Bosnia-Herzegovina yang beragama Islam dan Roman Katolik. Mereka telah membunuh, merogol, memusnahkan kenderaan dan kawasan awam Rakyat Bosnia-Herzegovina.

7.2 Aktor Luaran.

Di antara aktor luaran yang terlibat sewaktu Konflik di Bosnia ialah Pertubuhan Bangsa-bangas Bersatu (PBB). PBB telah menghantar tenteranya dengan menggunakan nama Pasukan Perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPROFOR) pada Mac 1992 apabila puak pengganas Serb telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Bosnia Herzegovina. Pasukan ini telah dianggotai oleh 23 549 anggota tentera daripada seluruh dunia termasuklah dari Itali dan Malysia untuk mengawasi pencabulan genjatan senjata, menyampaikan bantuan kemanusian dan menyediakan infrastruktur pemindahan pelarian mulai Mac 1992. Kemunculan pasukan-pasukan ini tidak menampakkan keberkesanannya apabila puak Serb terus mengganas berikutan ‘kebenaran tidak rasmi’ yang diberikan oleh PBB. Perundingan damai yang diaturkan juga tidak mendapat perhatian puak itu.

Sikap PBB yang terlalu tunduk kepada desakan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia menyulitkan lagi keadaan di Bosnia dan memberi ‘tiket’ kepada Serb untuk bertindak. Lebih memburukkan keadaan, PBB membuat kepada keputusan mengadakan sekatan senjata ke atas semua wilayah Yugoslavia tetapi membiarkan puak Serb memiliki senjata dan perbuatan ini dikecam hebat oleh negara-negara dunia yang menyifatkannya ia ibarat memberi ‘lesen membunuh’ kepada Serb. Walaupun kini PBB dikatakan berjaya mendesak pihak-pihak bertelingkah di bekas Yugoslavia untuk mengadakan genjatan senjata bagi merintis jalan kearah pendamaian, apa yang nyata imej, kredibliti dan kepercayaan negara kecil kepada PBB sudah tercemar. Konflik Bosnia mendedahkan kepada dunia bahawa negara-negara kecil belum pasti akan mendapat pembelaan sewajarnya daripada badan dunia itu jika mereka ditindas.

Aktor seterusnya yang terlibat di dalam konflik Bosnia ialah Organisasi Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Penglibatan tentera NATO dalam misi Implementation Force (IFOR) di Bosnia-Herzegovina bermula pada 20 Disember 1995, iaitu apabila PBB melepaskan tanggungjawabnya mengekalkan keamanan di sana kepada NATO. Sebenarnya NATO berasa terpanggil untuk meneruskan usaha-usaha untuk menyelesaikan konflik di Bosnia-Herzegovina berdasarkan daerah konflik tersebut terletak di Eropah. Tambahan pula, PBB mengalami masalah kos ketenteraan yang tinggi semasa beroperasi di Balkan untuk masa yang berpanjangan.




IFOR diberi masa selama setahun untuk melaksanakan tugas aspek-aspek ketenteraan berdasarkan kepada Perjanjian Damai Dayton yang telah ditandatangani pada 14 Disember 1995 di Paris, Perancis. Pada peringkat awal pelaksanaan, IFOR mempunyai anggaran kekuatan ketenteraan lebih 60 000 orang anggota,


Stabilisation Force (SFOR) ataupun Pasukan Penstabil telah menggantikan IFOR bermula pada 12 Disember 1996. Misi SFOR ialah untuk mewujudkan suasana yang selamat seperti dalam Perjanjian Damai Dayton untuk membolehkan pilihanraya diadakan dan pemindahan penduduk ke tempat asal dapat dilaksanakan sepenuhnya. Pada peringkat awalnya, SFOR mempunyai kekuatan lebih kurang separuh daripada kekuatan IFOR, iaitu dianggarkan seramai 32 000 orang anggota. Di antara mandat SFOR ialah menentukan pihak bertelagah (Bosnia, Serb dan Croat) mematuhi aspek ketenteraan Perjanjian Damai Dayton, membaik pulih prasarana dan memulih semula aktiviti ekonomi yang terjejas akibat peperangan dan menempatkan semula pelarian perang dan rakyat yang tersisih.

Aktor seterusnya yang muncul dalam meredakan konflik Bosnia ialah Negara-Negara Persidangan Islam (OIC). Pada dasarnya, terdapat tiga bidang yang dapat dilakukan untuk membantu Bosnia. Ia adalah penyelesaian konflik, pertahanan Bosnia dan juga menyediakan pelbagai bantuan untuk penyusunan semula negara Bosnia. Dalam mencari penyelesaian kepada keadaan Bosnia, OIC telah memainkan pelbagai peranan. Pertamanya, ia sentiasa memberi tekanan kepada kuasa-kuasa besar untuk membantu bagi menamatkan perang di Bosnia. Sebagai contoh, setelah zon selamat PBB iaitu Zepa dan Srebenica ditakluk oleh tentera Serb, OIC telah sebulat suara mengatakan bahawa genjatan senjata PBB tidak sah dan seterusnya terbatal. Setiap negara OIC mempunyai pengaruh kepada negara-negara besar terutamanya sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB.

8.0 KRISIS-KRISIS DI BOSNIA-HERZEGOVINIA.

Pengganas-pengganas Serb meneruskan jenayah kejam di Bosnia-Herzegovina. Bosnia-Herzegovina dan ibu kotanya Sarajevo terus menjadi tempat pertumpahan darah. Puluhan ribu rakyat yang tidak berdosa maut dengan pelbagai cara yang mengerikan iaitu melalui senjata moden dan canggih atau diseksa hidup-hidup. Dianggarkan lebih 220,000 nyawa terkorban di tangan rejim yang dipercayai didalangi oleh Belgrade.[21] Seramai 50,000 perempuan di antara 8 hingga 80 tahun telah dirogol oleh pengganas Serb. Sementara itu, 2.5 juta telah menjadi pelarian. Ratusan ribu lagi mati kerana terperangkap di celah-celah ledakan bom dan peluru serta runtuhan bangunan akibat angkara ciptaan rejim Serbia. [22]


Kekejaman yang telah dilakukan seperti setiap lelaki yang ditemui dibogelkan. Mereka yang berkhatan terus dibunuh. Wanita-wanita yang mengandung diterobos perutnya dengan pisau bagi mengeluarkan anak kandungannya. Persatuan Antarabangsa bagi hak asasi manusia mendakwa pembunuhan ke atas orang-orang tahanan islam dan Croat dilakukan setiap hari di kem-kem tahanan di Bosnia-Herzegovina yang dikuasai oleh Serb, disamping gadis-gadis dirogol dan terdapatnya usaha-usaha memandulkan kanak-kanak. Deraan psikologi turut dilakukan di kem-kem tahanan.[23]


Para aktivis hak asasi manusia mendakwa sekurang-kurangnya 11 kem tahanan dikuasai Serb di bosnia- Herzegovina. Di kem Luka, sekurang-kurangnya 50 orang dibunuh. Tahanan disembelih dengan kaca. Dilahap oleh anjing-anjing yang tidak diberi makan. Hidung serta telinga mereka dipotong. Di kem Foca pula beribu-ribu tahanan dibunuh Mayat-mayat reput, dipercayai orang-orang islam, dicampakkan ke sebatang sungai. Kebanyakan kanak-kanak di kem Manjaca, lebih kurang 8,000 orang dilaporkan dibunuh setiap hari.Gadis-gadis sunti dirogol bergilir-gilir. Mangsa yang masih hidup disembelih. Tubuh mereka dipotong dan dikelar. Kemaluan mereka dipotong. Bayi dan anak-anak kecil dimpas ke batu sehingga berkecai kepala.[24] Pangganas Serb telah menggunakan serangan darat iaitu menggunakan meriam dan kereta kebal ke kawasan-kawasan penempatan orang-orang islam dan Croat. Selain itu, dengan bantuan senjata berat yang serba canggih, pengganas-pengganas Serb meneruskan kekejamannya melalui serangan udara, pengguguran bom-bom. Di Banja Luka, di utara Bosnia pangganas-pengganas Serb memaksa orang-orang islam keluar daripada rumah dan menembak mereka semasa mereka melarikan diri. Laluan-laluan konvoi pelarian turut dibom secara sistematik.

Selain mengalami kekejaman, kazaliman dan keganasan tentera rejim Serbia, mereka juga mengalami masalah seperti kebuluran, cuaca sejuk dan wabak penyakit. Menurut menteri luar Bosnia-Herzegovina dan wakil-wakil PBB mengatakan bahawa kekejaman-kekejaman di Bosnia-Herzegovina adalah seramai 220,000 orang bosnia telah dibunuh yang mana 20,000 adalah kanak-kanak, seramai 45,000 perempuan di antara umur 8 hingga 80 tahun telah dirogol, seramai 65,000 oarang Bosnia cedera parah, seramai 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal, sejumlah 950 masjid telah dirosakkan termasuk sebuah masjid yang berusia hampir 500 tahun serta kira-kira 100 buah lori makanan dan bekalan perubatan dari PBB telah ditahan di Split, Croatia selama lebih dari 6 bulan.[25]

9.0 USAHA-USAHA PENYELESAIAN KONFLIK BOSNIA.

Bagi menyelesaikan konflik Bosnia ini, beberapa usaha damai telah cuba diusahakan oleh pelbagai pihak termasuklah dari pihak PBB, dan A.S. Lima usul pendamaian utama telahpun ditawarkan sebelum dan semasa Konflik Bosnia berlaku oleh diplomat European Community (EC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum konflik tersebut diselesaikan oleh Perjanjian Dayton pada 1995.

9.1 Carrington-Cutileiro

Usul pendamaian Carrington-Cutileiro, yang dinamakan sempena pengarangnya Lord Carrington dan duta Portuguese Jorge Cutileiro, telahpun menghasilkan Konferens Pengamanan EC pada bulan Februari 1992 bagi tujuan mengelakkan Bosnia-Herzegovina daripada terlibat dalam peperangan. Ia telahpun mencadangkan perkongsian kuasa antara semua etnik pada tahap pentadbiran dan pengurangan kuasa kerajaan pusat.

Walau bagaimanapun, semua daerah Bosnia-Herzegovina akan diklasifikasikan kepada Muslim, Serb atau Croat di bawah usul tersebut, dan tidak ada satu etnik majoriti yang ketara. Pada tahap permulaannya, usul tersebut diterima oleh ketiga-tiga pihak (Kerajaan Bosnian, Serbs dan Croats), tetapi ketua Bosnian Muslim Alija Izetbegović telahpun membatalkan perjanjian tersebut.

9.2 Vance-Owen

Pada awal Januari 1993, wakil khas PBB Cyrus Vance dan wakil EC Lord Owen memulakan perundingan cadangan pengamanan bersama dengan ketua puak-puak Bosnia yang berperang. Cadangan tersebut kemudiannya dikenali sebagai “Vance-Owen peace plan” yang melibatkan pembahagian Bosnia kepada sepuluh semi-autonomi kawasan dan menerima sokongan daripada PBB. Pada 5 May, perhimpunan Bosnian Serb yang haram membantah usul Vance-Owen dan pada 18 Jun, Lord Owen mengisytiharkan bahawa usul tersebut telahpun “mati”.

Pada 1 April, Cyrus Vance mengumumkan perletakan jawatannya sebagai wakil khas Sekretariat Agong PBB. Beliau digantikan oleh Menteri Perhubungan Luar Negeri Norwegian Thorald Stoltenberg pada 1 Mei.

9.3 Owen-Stoltenberg

Pada lewat Julai, wakil-wakil dari puak-puak yang berperang di Bosnia-Herzegovina memasuki sesi perundingan baru. Pada 20 Ogos, mediator PBB Thorvald Stoltenberg dan David Owen memperkenalkan peta baru Bosnia yang akan dipisahkan kepada tiga negara kecil mengikut tiga kumpulan etnik. Puak Bosnian Serb akan diberi 52 peratus daripada kawasan Bosnia-Herzegovina, Muslim diberi 30 peratus manakala Bosnia-Hezergovina Croats akan menerima 18 peratus. Pada 29 Ogos 1993, Bosniaks menolak usul tersebut.

9.4 Contact Group

Antara bulan Februari hingga Oktober 1994, Contact Group yang diwakili oleh Amerika Syarikat, Russia, Perancis, Britain dan Jerman mengambil satu langkah yang kukuh terhadap perundingan penyelesaian konflik di Bosnia-Hezergovina. Ini dikenali sebagai usul Contact Group, dan tekanan yang kuat dikenakan ke atas Bosnian Serbs untuk menerima usul tersebut apabila Federal Republic of Yugoslavia dikenakan embargo di sungai Drina.

9.5 Perjanjian Washington

Perjanjian Washington merupakan perjanjian keamanan yang dibuat antara pihak yang berperang iaitu Croats of Bosnia and Herzegovina dan Republic of Bosnia and Herzegovina(kerajaan yang didominasi oleh Bosniaks), ditandatangani di Washington dan Vienna pada Mac 1994. Ia ditandatangani antara Perdana Menteri Bosnia Haris Silajdžić, Menteri Perhubungan Luar Negeri Croatian Mate Granić dan Presiden Herzeg-Bosnia Krešimir Zubak.

Di bawah perjanjian ini, wilayah percantuman yang ditahan oleh Croat dan kerajaan Bosnia akan dibahagikan kepada sepuluh bahagian dan ini akan menubuhkan Federation of Bosnia and Herzegovina. Sistem pembahagian ini dilakukan demi mengelakkan dominasi sesuatu kumpulan etnik ke atas kumpulan etnik lain.

10.0 SITUASI DAN PENYELESAIAN DI BOSNIA.

Kegagalan PBB mendisiplinkan puak Serb kerana tindak tanduknya di Bosnia menerusi sekatan dan amaran memberi pengertian yang lebih bermakna terhadap doktrin realis, iaitu negara atau masyarakat perlu membuat apa sahaja untuk memastikan konsep survival negara itu terus terjamin. Tiada jawapan yang lain di Bosnia selain peperangan. Satu-satunya alternatif untuk menamatkan kempen pemersihan etnik besar-besaran di bosnia ialah menerusi campur tangan kausa-kusa besar seperti Organisasi Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Sudah terlalu leawat untuk proses perundingan selepas perlbagai kezaliman dan ancaman yang dibuat oleh puak Serb terhadap orang islam Bosnia.

PBB sepatutnya mengambil tindakan yang lebh drastik dari awal lagi bagi membendung kempen pembersihan etnik oleh puak Serb. Sebagai sebuah negara yang berdaulat yang diiktiraf oleh PBB, Bosnia wajar diberi peluang untuk mempertahankan diri dari ancaman luar. Bosnia perlu dilengkapi dengan kelengkapan senjata untuk berperang. Ini bagi mengimbangi kekuatan yang dimiliki oleh puak Serb yang mempunyai kelengkapan senjata yang cukup lengkap. Serb seringkali mencabar NATO dan A.S untuk bertindak. Tetapi mereka dan NATO gagal mengotakan janji untuk bertindak. Ini menjadikan puak Serb lebih berani.

Memandangkan beberapa pilihan bukan ketenteraan telah gagal membendung kezaliman puak Serb. Amerika Syarikat dan NATO nampaknya telah mula bersedia untuk menyerang kedudukan strategik Serb jika diperseujui oleh Majlis Keselamatan PBB dan diarahkan oleh setiauasah agung PBB. Antara pilihan-pilihan yang telah dibuat untuk menamatkan persengketan ini termasuklah kaedah Hand-off.[26] Ini adalah kerana rantau Balkan dilihat tiada kepentingan strategik kepada Eropah dan A.S. Selain itu ialah kaedah Perundingan (Pelan Keamanan Vance-Owen,VOPP)[27]. Seterusnya ialah strategi mengekalkan sekatan.[28] Dan yang terakhir ialah kawasan yang selamat dan kurang konflik akan diistiharkan kawan selamat.

Walaubagaimanapun segala alternatif ini dilihat seolah-olah PBB bersengkongkol dengan pengganas-pengganas Serb dalam pembersihan etnik islam di Bosnia. Misalnya VOPP yang dicadangkan merupakan satu resepi ke arah malapetaka kerana ia membenarkan pemerintahan berbentuk Aparthied. Usaha PBB mewujudkan kawasan selamat hanya membantu puak Serb meneruskan kegiatan menghalau etnik Islam Bosnia dari rumah-rumah mereka, seolah-oleh seperti kem kem buangan bagi orang islam Bosnia.

Maka tindakan ketenteraan pula boleh dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu campur tangan ketenteraan secara terhad atau penuh. Campur tangan ketenteraan terhad termasuklah memansuhkan sekatan senjata ke atas orang Islam bosnia (membolehkan mereka berunding sama kuat dengan puak Serb atau yang akan memperhebatkan persengketaan dengan lebih banyak nyawa terkorban). Mengebom kedudukan alteleri, simpanan depot senjata dan laluan senjata serb, dan mengenakan sekatan terhadap wilayan-wilayah yang diduduki oleh puak serb. Campur tangan penuh ketenteraan pula melibatkan proses menghentikan peperangan di semua pihak, mengembalikan wilayah-wilayah yang diduduki secara tidak sah, dan meletakkan wilayah Bosnia dalam perlindungan PBB.

Namun pengambilan tindakan secara ketenteraan telah menimbulkan persoalan pada ketika itu, antaranya ialah sasaran yang jelas untuk serangan. Ini adalah kerana kebanyakan kubu kuat Serb telah berada dalam wilayah Bosnia, ini sekaligus akan menyukarkan pihak PBB untuk mengenal pasti penceroboh yang sebenar. Pihak tentera pula dilaporkan tidak bersetuju dengan sebarang campur tangan penuh ketenteraan jika tidak terdapat matlamat-matlamat politik yang jelas dan kesungguhan politik untuk menyokong tindakan sedemikian apabila ia telah dilancarkan. Ini adalah disebabkan, tindakan ketenteraan akan menyebabkan kematian yang tinggi, dipihak tentera mahupun orang awam. Ini sedikit sebanyak mampu menggugat keyakinan masyarakat terhadap operasi ketenteraan. Jika Eropah dan Amerika mempunyai keinginan politik (Politik Will), ia boleh menyelesaikan persengketaan di Bosnia itu, kerana ia mempunyai kemampuan Startegik (Strategical Will).

Salah satu sebab mengapa ketiadaan politic will di negara Barat bagi menyelesaikan masalah orang islam di bosnia ialah mesyarakat di eropah khususnya tidak mempunyai perikatan darah, sejarah, budaya mahupun politik. Ini sekaligus memberi sedikit sebanyak halangan kepada negara Eropah untuk membantu masyarakat islam Bosnia. Walaupun negara-negara islam mempunyai konsep Politic Will, namun mereka tidak bersedia dari segi Strategik will.


10.1 Kejayaan Menyelesaikan Konflik Bosnia.

General Framework Agreement for Peace di Bosnia and Herzegovina, yang juga dikenali sebagai Perjanjian Dayton, Persetujuan Dayton, Protokol Paris ataupun Perjanjian Dayton-Paris, merupakan satu perjanjian keamanan yang dibuat di Wright-Patterson Air Force Base berdekatan dengan Dayton, Ohio pada bulan November 1995. Perjanjian ini kemudiannya ditandatangani secara sah di Paris pada 14 Disember 1995. Tindakan ini telahpun menamatkan perang di Bosnia yang berlaku selama tiga setengah tahun. Perang di Bosnia merupakan antara konflik yang berlaku di Republik Sosialis Yugoslavia. Ada juga penulisan yang menyatakan bahawa perjanjian tersebut turut dikenali sebagai The Treaty of Dayton.

Walaupun konsep Perjanjian Dayton telahpun mula diperdebatkan di arena antarabangsa sejak 1992[29], namun perbincangan tentangnya hanya menyusul setelah kegagalan misi-misi pengamanan, Operasi Storm oleh militer Croation pada Ogos 1995, tindakan ketenteraan kerajaan ke atas Republika Srpska bersama Operation Deliberate Force oleh NATO. Ia juga dijalankan atas alasan pembunuhan beramai-ramai yang dijalankan di zon selamat di Srebrenica serta ketidakpuasan hati terhadap ketua kerajaan serta militer golongan Bosnian Serbs sebelum International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia (ICTY). Pada bulan September dan Oktober 1995, banyak kuasa-kuasa besar di dunia (seperti Amerika Syarikat dan Russia), bersama-sama menubuhkan Contact Group yang mana bertanggungjawab memberi tekanan kepada ketiga-tiga pihak di Bosnia; Serbs, Croats dan Muslim, untuk menghadiri persidangan di Dayton, Ohio.

Persidangan tersebut berlangsung dari 1 November sehingga 21 November 1995. Antara aktor utama dalam persidangan tersebut adalah Presiden Serbia, Slobodan Milošević (yang mewakili suara dan kepentingan golongan Bosnian Serb), Presiden Croatia Franjo Tudman, dan Presiden Bosnia Alija Izetbegović bersama-sama dengan Menteri Perhubungan Luar Negeri Bosnia, Muhamed “Mo” Sacirbey. Persidangan tersebut diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Amerika Syarikat Warren Christopher, dan seorang perunding Richard Holbrooke bersamaan dengan dua Pengerusi bersama iaitu Carl Bildt yang juga merupakan Wakil Khas EU serta Igor Ivanov, Timbalan Menteri Perhubungan Luar Negeri Russia. Wakil utama dari Amerika Syarikat adalah Jeneral Wesley Clark (yang kemudiannya menjadi NATO’s Supreme Allied Commander Europe pada tahun 1997). Wakil militer dari UK adalah Col Arundell David Leakey (yang kemudiannya menjadi Komander EUFOR pada tahun 2005). Public International Law & Policy Group (PILPG) bertanggungjawab menjadi penasihat sah kepada kerajaan Bosnia ketika berlakunya persidangan tersebut.

Selepas termeterainya di Dayton, Ohio pada 21 November 1995, perjanjian yang sah dan formal mula ditandatangani di Paris, France pada 14 Disember 1995. Perjanjian tersebut turut ditandatangani oleh Presiden Perancis, Jacques Chirac, Presiden US, Bill Clinton, President UK, John Major, Canselor German Helmut Kohl dan Perdana Menteri Russia Viktor Chernomyrdin.
Pembahagian politik di Bosnia and Herzegovina serta struktur kerajaannya telahpun dipersetujui sebagai sebahagian perlembagaan yang membuat Annex 4 dari General Framework Agreement yang diputuskan di Dayton. Keputusan penting mengenai penggarisan Inter-Entity Boundary Line, di mana kebanyakan senarai tugasan dirujuk kepada Annexes. Keputusan tersebut telahpun mengamanahkan sejumlah organisasi antarabangsa untuk memantau, menyelia dan memastikan komponen dalam perjanjian dipatuhi. NATO-led IFOR (Implementation Force) bertanggungjawab untuk mengimplementasikan aspek ketenteraan dalam perjanjian dan menggunakannya pada 20 Disember 1995 untuk mengambil alih kuasa UNPROFOR.

10.2 Kaedah Penyelesaian Konflik Bosnia dan Keadaan Kini

Inter-Entity Boundary Line (IEBL) membahagikan Bosnia dan Hezergovina kepada dua entiti, iaitu Repulika Srpska dan Federation of Bosnia and Herzegovina. Kepanjangan IEBL adalah sebanyak 1,080 km. IEBL meliputi sepanjang garisan utama militer seperti mana ia berada ketika Perang Bosnia berlaku dan beberapa perubahan utama (yang terpenting di bahagian barat negara, dan di sekitar Sarajevo), dibuat di konferens pengamanan Dayton.

Pembahagian politik di Bosnia and Herzegovina kini dipersetujui sebagai sebahagian perlembagaan yang membuat Annex 4 dalam General Framework Agreement for Peace yang disimpulkan konferens pengamanan Dayton di November 1995, dan ditandatangani di Paris pada 14 Disember 1995. Kunci utama dalam perundingan ini adalah penggarisan IEBL yang mana kebanyakan senarai tugas dirujuk kepada Annexes lain. Sebagai contoh, IEBL menjejaskan tugas Military Annexes seperti pemisahan kuasa asal, penciptaan Zone of Separation asal, pemindahan kawasan antara entiti dan pemindahan kuasa ke kawasan pembendungan.


Dayton menandakan operasi pertamanya apabila imej satelit tiga dimensi serta kartografi digital digunakan untuk menentukan dan memisahkan sempadan di dalam perjanjian rasmi[30]. Atas kecekapan serta kepantasan perundingan (terutamanya ketika pengakhiran), satu siri suruhanjaya Inter-Entity Boundary Line perlu dibuat pada enam bulan pertama ketika operasi NATO-led Implementation Force (IFOR) untuk menyelesaikan saki-baki maklumat tentang sempadan (terutamanya di dalam Sarajevo). Lebih daripada 40 penukaran dilakukan kepada IEBL di dalam rundingan oleh parti-parti dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Ketua Staf HQ ARRC, Major General Michael Wilcox. Kesemua ini ditandatangai oleh Commander Admiral IFOR Leighton W. Smith, Jr pada Julai 1996.

Pada hari ini, IEBL antara Republika Srpska dan Federation of Bosnia and Herzegovina tidak lagi dikuasai oleh ketenteraan. Kini tiada lagi kawalan atas sempadan, dan cara melintasi IEBL adalah seperti melintasi sempadan dalam negeri lain seperti di dalam Amerika Syarikat atau sempadan negeri Schengen.

10.3 Penglibatan MALCON-IFOR dan SFOR.

Penglibatan tentera NATO dalam misi Implementation Force(IFOR) di Bosnia-Herzegovina bermula pada 20 Disember 1995, iaitu apabila PBB melepaskan tanggungjawabnya mengekalkan keamanan di sana kepada NATO. Sebenarnya NATO berasa terpanggil untuk meneruskan usaha-usaha untuk menyelesaikan konflik di Bosnia-Herzegovina berdasarkan daerah konflik tersebut terletak di Eropah. Tambahan pula, PBB mengalami masalah kos ketenteraan yang tinggi semasa beroperasi di Balkan untuk masa yang berpanjangan.

IFOR diberi masa selama setahun untuk melaksanakan tugas aspek-aspek ketenteraan berdasarkan kepada Perjanjian Damai Dayton yang telah ditandatangani pada 14 Disember 1995 di Paris, Perancis. Pada peringkat awal pelaksanaan, IFOR mempunyai anggaran kekuatan ketenteraan lebih 60 000 orang anggota, Stabilisation Force (SFOR) ataupun Pasukan Penstabil telah menggantikan IFOR bermula pada 12 Disember 1996. Misi SFOR ialah untuk mewujudkan suasana yang selamat seperti dalam Perjanjian Damai Dayton untuk membolehkan pilihanraya diadakan dan pemindahan penduduk ke tempat asal dapat dilaksanakan sepenuhnya. Pada peringkat awalnya, SFOR mempunyai kekuatan lebih kurang separuh daripada kekuatan IFOR, iaitu dianggarkan seramai 32 000 orang anggota.

Di antara mandat SFOR ialah menentukan pihak bertelagah (Bosnia, Serb dan Croat) mematuhi aspek ketenteraan Perjanjian Damai Dayton, membaik pulih prasarana dan memulih semula aktiviti ekonomi yang terjejas akibat peperangan dan menempatkan semula pelarian perang dan rakyat yang tersisih. Setelah peperangan teruk yang melanda Bosnia, perdamaian di antara tiga kelompok yang berkonflik di Bosnia akhirnya telah berjaya diselesaikan selepas didesak oleh pihak NATO. Bersesuaian dengan Kesepakatan Dayton pada tahun 1995, wilayah Bosnia-Herzegovina berjaya didamaikan namun negara tersebut telah terbahagi kepada dua bahagian iaitu 51% wilayah gabungan Muslim-Kroasia (Federasi Bosnia dan Herzegovina) dan 49% Serbia (Republik Srpska). Penduduk Bosnia telah dicatatkan sebanyak 4,590,310 pada Julai 2008.
Kini Bosnia berusaha untuk mewujudkan kedamaian dalam negara itu dengan menanam sifat percaya antara satu sama lain untuk menggelakkan keadaan huru-hara di dalam negara itu berulang. Walaubagaimanapun, dapat dilihat ianya satu masalah yang amat besar untuk mewujudkan kedamaian kerana permusuhan yang berlaku telah berterusan selama berabad lamanya. Salah satu hal yang diusahakan untuk membangun saling percaya tersebut adalah mengadili para penjahat perang. Mantan Presiden Republik Srpska Radovan Karadžić berhasil ditangkap pada 21 Julai 2008, sementara mantan Panglima Tentara Federal Jenderal Ratko Mladic belum tertangkap.

Pemimpin Serb Bosnia itu, yang didakwa terlibat melakukan pembunuhan etnik di Bosnia pada 1992-1995, berjaya ditahan selepas hampir 13 tahun melarikan diri daripada tribunal jenayah perang PBB. Penangkapan itu menyusul dua minggu selepas penubuhan kerajaan baru Serbia yang dikuasai Parti Demokratik pimpinan Tadic yang pro-Barat dan Kesatuan Eropah (EU) dengan sokongan Parti Sosialis yang pernah dipimpin oleh bekas Presiden Slobodan Milosevic. Karadzic dan bekas komander tenteranya, Ratko Miladic berjaya mengelakkan diri daripada ICTY sejak 1995 selepas didakwa melakukan jenayah perang, pembunuhan kaum dan jenayah kemanusiaan semasa Perang Bosnia 1992-1995. Lebih 11,000 orang telah terkorban sepanjang perang di wilayah Balkan itu. Di bawah pimpinannya, pasukan tentera Serb Bosnia dipercayai telah membunuh lebih 8,000 orang Islam yang terperangkap dalam wilayah Grbavica yang dikuasai puak Serb.

Dari segi ekonomi Bosnia selepas kemerdekaan pula, ianya tidak banyak berubah. Pertanian merupakan aktiviti utama dalam negara Bosnia. Walaupun masyarakat Bosnia telah lama menjalankan pertanian di dalam negaranya, ianya masih tidak berkesan disebabkan ladang-ladangnya yang kecil dan pengurusannya yang tidak cekap. Sektor swasta dan pelaburan asing mengalir ke dalam negara itu, dengan kadar amat perlahan. Peperangan yang berlaku dalam negara itu telah menyebabkan pengeluaran dalam negara itu jatuh sebanyak 80% daripada tahun 1992 sehingga 1995. Pengangguran dalam negara itu juga menjadi masalah paling genting ketika ini. Melihat statistik yang dicatatkan peratusan pengeluaran yang telah dibuat pada 2003-2007 meningkat, iaitu pertumbuhan KDNK melebihi 5% setiap tahun. Mata wang Bosnia telah diperkenalkan pada 1998 dan ini telah meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk masuk dan melabur ke Bosnia. Sektor perbankkan juga mula bertambah di Bosnia.


Bosnia cuba untuk melaksanakan penswastaan bagi sektor dalam negaranya tetapi malangnya tidak begitu berjaya. Perbankan Bosnia mula berkembang pada tahun 2001 kerana terdapat pelaburan-pelaburan daripada bank-bank asing, terutamanya daripada Eropah Barat yang mula menguasai perbankan di Bosnia. Dua masalah yang paling besar bagi Bosnia ialah defisit akaun semasa negara itu yang tinggi dan masalah penggangguran. Bosnia juga mangalami masalah rasuah yang amat tinggi di kalangan ahli kerajaannya yang menyebabkan ekonomi dalam negaranya tidak seimbang dan tiada penguatkuasaan jenayah yang kuat. Ini mengakibatkan pelbagai kegiatan menggelapkan duit berlaku dan jenayah sukar untuk dikesan. Bosnia juga mengalami masalah penyeludupan dadah secara berleluasa terutamanya penyelupan ke negara-negara Eropah barat. Kegiatan ini amat sukar dikesan kerana sistem perundangannya yang tidak kukuh.
Dari segi agama Bosnia pula, pemimpin-pemimpin daripada tiga agama utama mendakwa bahawa pengamalan agama kian bertambah di kalangan orang muda sebagai penyataan pengenalan dengan warisan etnik, disebabkan sebahagian besar oleh kebangkitan semula agama negara selepas perang Bosnia. Banyak wanita Muslim telah menerima guna gaya pakaian Islam yang sebelum itu tidak biasa, khususnya di kota, sebelum perang. Pemimpin-pemimpin daripada tiga agama utama memerhatikan bahawa mereka menerima lebih banyak sokongan daripada penganutnya di kawasan luar bandar Bosnia dan Herzegovina, berbanding dengan pusat-pusat bandar seperti Sarajevo atau Banja Luka.

Di Bosnia dan Herzegovina, terdapat lapan orang Mufti yang ditempatkan di kawasan perbandaran utama di seluruh negara — Sarajevo, Bihać, Travnik, Tuzla, Goražde, Zenica, Mostar, dan Banja Luka. Komuniti-komuniti Islam yang lebih konservatif di Bosnia dan Herzegovina terletak di kota-kota seperti Travnik, Visoko, Bocinja/Zavidovići, Tešanj, Maglaj, Bugojno, dan Zenica di dalam Persekutuan. Walaupun dianggap konservatif mengikut piawai Bosnia, komuniti-komuniti ini adalah sederhana apabila dibandingkan dengan komuniti-komuniti konservatif di Timur Tengah. Ketua Komuniti Islam di Bosnia dan Herzegovina ialah Mustafa Ceric, dengan tokoh-tokoh Muslim yang berusaha untuk menyebar pengetahuan Islam tradisional di kalangan orang Bosniak termasuk Muhamed Porča dan Nezim Halilović Muderis.

Bosnia juga telah mengalami masalah alam sekitar di dalam negaranya. Contohnya, masalah pencemaran udara, kekurangan air bersih, pemusnahan hutan secara besar-besaran dan juga kemusnahan infrastruktur akibat perang di dalam negara itu yang masih belum dapat ditangani sehingga kini. Bandar Tuzla adalah merupakan penyumbang pencemaran paling teruk di Bosnia. Ianya disebabkan oleh sistem yang tidak sistematik dalam mengawal pengeluaran sisa-sisa daripada loji kuasa arang batu dan hasil-hasil daripada kilang-kilang kimia. Ini telah menyumbang kepada pencemaran paling teruk di Bosnia dan masih tidak dapat ditangani pada masa ini.

11.0 BOSNIA MASA KINI
11.1 Kerajaan Dan Politik
Sebagai hasil daripada Perjanjian Accord, pelaksanaan keamanan kepada penduduk Bosnia telah diselia oleh Wakil Tertinggi untuk Bosnia Herzegovina yang dipilih oleh Majlis Pelaksanaan Keamanan. Wakil tertinggi ini mempunyai banyak kuasa kerajaan dan perundangan, termasuklah pembubaran perkara rasmi yang dipilih atau tidak dipilih. Terbaru, beberapa institusi utama telah ditubuhkan (seperti kementerian pertahanan, kementerian keselamatan, mahkamah negeri, perkhidmatan cukai tidak langsung dan sebagainya) dalam proses memindahkan bahagian kehakiman daripada entity kepada Negara.

Wakil kerajaan Bosnia dan Herzegovina adalah golongan elit yang mewakili tiga kelompok utama Negara, dengan tiap satu mempunyai jaminan perkongsian kuasa. Jawatan Presiden Bosnia dan Herzegovina bergilir antara tiga etnik utama ( Bosnia, Serb dan Croat), setiap seorang dipilih menjadi Presiden dalam tempoh selama lapan bulan dalam tempoh empat tahun mereka sebagai ahli. Tiga ahli jawatan presiden dipilih secara terus oleh rakyat (Persekutuan untuk Bosnia dan Croat, Republika Srpska untuk Serb). Jawatan untuk Menteri Majlis pula dicalonkan oleh Presiden dan diluluskan oleh Dewan Rakyat. Beliau bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai Menteri Luar, Menteri Perdagangan Luar dan jawatan lain yang setaraf dengannya.

Perhimpunan Parlimen adalah badan yang menggubal undang-undang di Bosnia dan Herzegovina. Ia terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara termasuklah 15 delegasi, dua per tiga adalah wakil dari Persekutuan (5 Croat dan 5 Bosnia) dan satu per tiga daripada Republik Srpska (5 Serb). Dewan Rakyat pula dibentuk dengan 42 ahli, dua per tiga dipilih daripada Persekutuan dan satu per tiga dipilih daripada Republik Srpska.

Mahkamah Persekutuan Bosnia dan Herzegovina adalah mahkamah tertinggi, badan terakhir yang menyelesaikan sesuatu masalah undang-undang. Ia terdiri daripada sembilan ahli ; empat ahli dipilih daripada wakil Persekutuan, dua daripada perhimpunan Republik Srpska, dan tiga daripada Presiden Mahkamah Eropah untuk Hak Asasi Manusia selepas mendapat konsultasi dengan Presiden. Bagaimanapun, kuasa politik tertinggi di Bosnia adalah Wakil tertinggi di Bosnia dan Herzegovina, Ketua Pegawai Eksekutif untuk kewujudan orang awam antarabangsa dalam Negara. Sejak 1995, wakil tertinggi telah dapat melangkau pemilihan melalui perhimpunan parlimen, dan sejak 1997 telah berjaya untuk menggugurkan pegawai yang telah dipilih. Pendekatan yang digunakan oleh wakil tertinggi itu telah dikritik sebagai tidak bersifat demokratik. Penyeliaan antarabangsa akan berkahir apabila Bosnia secara rasminya telah stabil dari segi politik dan demokratik dan mampu berdiri sendiri.

11.2 Pembahagian Pemerintahan
Bosnia dan Herzegovina mempunyai beberapa tahap struktur politik dibawah kerajaan persekutuan. Jabatan yang paling penting dalam tahap ini ialah dua entiti iaitu : Republik Srpska dan Persekutuan Bosnia dan Herzegovina. Persekutuan Bosnia dan Herzegovina meliputi 51% daripada liputan kawasan Bosnia dan Herzegovina, manakala Republika Srpska meliputi 49% daripada kawasan. Entitinya, berdasarkan terutamanya kepada wilayah yang dimiliki oleh kedua-dua pihak yang bertelagah pada masa perang dahulu, telah dibentuk secara rasminya melalui Perjanjian Keamanan Dayton pada tahun 1995 berikutan daripada perubahan yang mendadak di struktur etnik Bosnia dan Herzegovina. Sejak 1996, kuasa hubungan entiti kepada kerajaan perskeutuan telah menurun secara signifikan. Selain itu, entity mempunyai kuasa yang agak banyak untuk mereka sendiri. Daerah Brcko di utara Negara telah dibentuk daripada 2000 kawasan luar jajahan kedua-dua entiti. Ia secara rasminya adalah hak milik kedua-duanya, tetapi tidak ditadbir oleh mana-mana entity, dan berfungsi dibawah sistem disentralisasi daripada kerajaan tempatan. Daerah Brcko telah dipuji kerana telah berjaya mengekalkan populasi multietnik dan tahap kejayaan yang signifikan dibawah kadar purata Negara.

Tahap ketiga pembahagian politik di Bosnia dan Herzegovina ialah pentadbiran negeri. Ia adalah unik bagi entiti Persekutuan Bosnia dan Herzegovina, yang terdiri dari sepuluh negeri. Setiap satu mempunyai kerajaan negerinya sendiri, yang mana dibawah undang-undang Persekutuan dianggap sebagai sebuah kerajaan yang lengkap. Sesetengah negeri mempunyai populasi penduduk yang pelbagai etnik dan melaksanakan undang-undang khas untuk memastikan setiap orang mendapat hak yang saksama.

Tahap keempat dalam jabatan politik di Bosnia dan Herzegovina adalah daerah. Persekutuan Bosnia dan Herzegovina terbahagi kepada 74 daerah, dan Republik Srpska sebanyak 63. Setiap daerah juga mempunyai kerajaan tempatannya sendiri, dan selalunya berdasarkan kepada Bandar yang paling penting dalam kawasan mereka. Maka, kebanyakan daerah mempunyai tradisi dan sejarah lampau yang panjang dengan sempadan mereka kini. Daerah yang lain pula, hanya dibentuk selepas perang selepas daerah tradisional mereka dipisahkan oleh IEBL[31]. Setiap daerah di Persekutuan Bosnia dan Herzegovina terdiri daripada beberapa daerah, yang dibahagikan kepada komuniti tempatan.

Selain entiti, negeri dan daerah, Bosnia dan Herzegovina juga mempunyai empat Bandar utama. Ia adalah Banja Luka, Mostar, Sarajevo dan Sarajevo Timur. Wilayah dan kerajaan Bandar Banja Luka dan Mostar adalah sama dengan daerah yang mempunyai nama yang sama, manakala Bandar seperti Sarajevo dan Sarajevo Timur mempunyai beberapa daerah. Bandar ini mempunyai kerajaan Bandar mereka yang mana kuasanya adalah diantara kuasa negeri dan daerah (atau entiti, dalam kes Republik Srpska).

11.3 Ekonomi
Bosnia mengalami beberapa masalah membina semula Negara yang telah musnah akibat perang dan memperkenalkan perubahan pasaran kepada pelan ekonomi berpusat. Tumpuan ekonomi pada era sebelum ini adalah kepada industry ketenteraan ; dibawah pimpinan Josip Broz Tito, industri ketenteraan diutamakan, dan ini menyebabkan bahagian untuk pelan pertahanan Yugoslavia semakin tinggi tetapi rendah bagi firma komersial. Mengikut sejarah Bosnia, pertanian adalah berasaskan kepada ladang yang kecil dan hak milik sendiri yang tidak begitu efisyen ; makanan diimport secara tradisional didalam kawasan republik sahaja.

Apabila ia menjadi sebahagian daripada Yugoslavia, Bosnia dan Herzegovina melabur banyak dalam projek pembinaan diseluruh Negara. Lebuhraya "Bratstvo i jedinstvo", iaitu sebuah projek pan-Yugoslavian, yang membahagikan Ljubljana (Slovenia) - Zagreb (Croatia) - Belgrade (Serbia) - Skopje (Macedonia), dibiayai oleh Bosnia dan Herzegovina, walaupun kawasan itu tidak mendapat faedah. Saluran modal untuk projek tersebut telah menyebabkan peningkatan dalam penangguran dan penurunan kadar pembuatan dalam Negara itu.

Perang pada tahun 1990an menyebabkan perubahan dramatik pada ekonomi Bosnia. GDP Bosnia jatuh sebanyak 75% dan kemusnahan infrastruktur fizikal telah meruntuhkan sekali ekonomi Bosnia. Walaupun kebanyakan kapasiti pembuatan telah dipulihkan semula, ekonomi Bosnia masih berhadapan dengan beberapa masalah. Penilaian menunjukkan GDP dan pendapatan per kapita meningkat sebanyak 10% pada 2004 berbanding 2003; peningkatan ini dan pengurangan dalam jumlah hutang Bosnia adalah corak yang positif, tetapi masalah pengangguran yang tinggi dan deficit perdagangan yang besar masih menjadi masalah yang perlu di ambil berat.

Matawang Bosnia adalah Euro-pegged Convertible Mark (BAM), dikawal oleh jabatan kewangan. Inflasi tahunan adalah relative yang paling rendah dengan Negara lain di rantau ini iaitu pada kadar 1.9% pada tahun 2004. Hutang antarabangsanya berjumlah 3.1 juta dolar (2005) – jumlah hutang yang paling kecil bagi republic Yugoslav dahulu. Kadar peningkatan GDP nya adalah sebanyak 5% pada 2004 menurut Bank Negara Bosnia di BiH dan Pejabat Statistik Bosnia dan Herzegovina. Bosnia dan Herzegovina adalah antara Negara yang mempunyai kadar pendapatan yang paling tinggi di dunia, iaitu di kedudukan ke lapan diantara 193 negara-negara dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2006).

12.0 KLASIFIKASI KONFLIK.

Berdasarkan huraian dan penjelasan yang telah diberikan, ini jelas menunjukkan konflik ini adalah merupakan konflik nilai. Konflik nilai menerangkan akan meksud yang baik berlawanan dengan yang tidak baik atau betul bertentangan dengan yang tidak betul. Istilah nilai ialah satu bentuk kepercayaan yang seseorang gunakan untuk memberi makna kepada kehidupan mereka. Konflik bolah wujud apabila ada satu pihak yang memaksa pihak yang lain utnuk menerima nilai atau cara hidupnya, atau pun ada 1 pihak yang tidak membenarkan nilai pihak yang lain berkembang dan percaya hanya nilainya sahaja yang terbaik dan berhak untuk wujud.
Dalam hal ini sikap golongan Serb yang berhasrat menguasai semua etnik di Yugoslavia termasuklah Bosnia-Herzegovina. Pihak Serb juga memaksa mereka menggunakan bahasa Serb dan menganut agama Kristian Orthodoks. Milosevic merupakan pemimpin yang bermain dengan sentimen nasionalisme dan perkauman Serbia. Keadaan ini dapat dilihat bahawa wawasan Milosevic yang ingin mewujudkan Serbia Raya. Tindakan Milosevic dikaitkan dengan dasar tindakan penghapusan etnik atau dalam bahasa inggerisnya ethnic cleansing. Milosevic membenarkan Slovenia meninggalkan Persekutuan Yugoslavia pada 1991 tanpa memerangi republic tersebut. Hal ini demikian kerana, Slenovia tidak mempunyai minoriti etnik Serb yang signifikan dalam sempadan mereka. Sebaliknya di Croatia dan Bosnia- Herzegovina terdapat minoriti Serb yang nyata agak besar.[32] Apabila Negara tersebut keluar dari Yugoslavia, Milosevic menganggap dirinya sebagai pejuang nasionalis Serb terulung telah bertindak keras menghalang usaha pemisahan tersebut.

13.0 KESIMPULAN.

Melihat kepada konflik di Bosnia ini membolehkan kita mengkaji akan peranan yang boleh dimainkan oleh perlbagai aktor negara mahupun aktor bukan negara. Aktor yang sepatutnya lebih dominan dalam menyelesaikan konflik di Bosnia dilihat gagal memainkan peranan dengan lebih efektif dan cekap. Contohnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah gagal memberikan sokongan yang berkesan bagi mengelakkan jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Serb terhadp orang Bosnia dan Croat.

Namun Akhirnya, sudah sekian lama konflik berlaku PBB telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Yugoslavia atau Serb-Montenegro. Kesan daripada tindakan ini, ianya jelas menyalahkkan pihak Serb sebagai penyebab kepada berlakunya konflik ini.

2 comments:

ita said...

oiit..pedot poyo la ang nh

Anonymous said...

very informative yet simplistic.Thanks!

Post a Comment