RM RM RM RM

assalamualaikum kawan2 ku yang dirindui selalu, apa khabar kalian semua? harap2 sihat hendaknya..ahuh..ok nak bgtau ni..Dato' kesayangan kita..Dato' Ron ada menyumbangkan RM1000 untuk kelas kita, tenkiu to Dato' :) so..NAD suruh aku sampaikan berita gembira lagi mengujakan ni kat korang semua..kitorang rancang nak buat t-shirt kelas yang akan dibuat mengikut design kecik dan seterusnya akan dihandle oleh kecik sampaila baju tu siap..but before that..kene la tanya pendapat korang2 sumer..so korang setuju tak? kos buat t-shirt tu dalam rm15 sorang..setelah dikira dengan mencongak menggunakan ilmu hisab..maka ada la lagi lebihan wang dalam rm 500 lagi..jadi jomla kita pikir reramai apa kita nak buat dengan wang lebih tu..nak melabur dalam ASB ka..nak bercuti ke Malibu..atau pun nak masuk skim cepat kaya...sebarang cadangan boleh dikemukakan kat dalam blog ni..time konvo nanti pun kita bley diskus..senang ja nak perabeh duit..tak gitu..cit..ok lah...u all take care..muahhhhhhhh

-HAS-

INSEP HALAL TRAINING PROGRAM

elo korang..pja neh..huhu
nk invite pada sesapa yg xde watpe ag kt umah..
ade program INSEP HALAL TRAINING kt damansara neh..
program neh under Kementerian Kewangan..and dijalankan oleh pihak HDC
or Halal Industry Development Corporation..

program neh ambil masa 6 bulan..3 bulan teori..and 3 bulan praktikal..
allowance akan diberi sebanyak rm1000 sebulan and terbuka kepada mana-mana pemegang ijazah sarjana muda..x kesah course ape..

now aku dh sebulan ikut program neh and so far, mmg beshla..banyak benda blaja and x complicated pun..trainers mmg sangat bagus dan berpengalaman..korang leh tgk prospek baru dalam industri dan xdela fokus kt masalah negara je! huhu..

so aku invite korang kalo nk join..start bulan 8 neh..
jgn risau..xde interview or pape..
objektif program neh adalah untuk menyediakan eksekutif halal untuk industri makanan dan sebagainya..prospek keje mmg luas..so jgn risau..insyaAllah..

kt cni aku include beberapa keperluan utk join program neh..
nama, no. ic, kursus ijazah, universiti mane, gambar pasport 2 keping, transkrip result, akaun cimb..neh antara requirement dier..maybe ade yg kurang nnt aku btau..

maka, pada sesiapa yang nk join..jgn malu2..nnt msg aku key..
pja - 0173394169
or korang leh contact sendiri coordinator program; mrs. nabilah - 0193940749

okies korang..gud luck to all..papai~

AKSI TERHANGAT GENG IR





jom kita berkelah!!!!!!!!!!!!!!!!

semua org kenal wanita nie....dia budak kos kita...dia mmg seorang yang pemurah...baik hati...n bijak...

ape kena mengena dgn wanita nie dgn berkelah yg bersabib dengan tajuk kali nie...

aku cuma penyampai je..idea nie dia cetuskan pagi 28.4.2009...tp pg tu kul 12.30 tgh...dia kata pg sbb mybe dia baru bangun kut...aduh malasnya...

tgh2 aku nk study, tiba2 dia kata jom berkelah 30.4.2009 nie...biar betul...

dia kata jgn risau dia blanja semua sbb dh tahun akhir...dia kata bob n kecik pun dh stuju...aku pun setuju je...orang nk blanja beb..

dia ada kata gak..boleh wat BBQ...ayam n daging dia bwk..tp kena gak collect sorang rm 5 ringgit..bnyk gak tu...aku ingat dia nk blanja semua tp mybe dia ada bg dana sket la tu..ok gak la rm 5 ringgit sorang..

soooo..ape yg aku nk katakan kat sini sape2 yg berminat nk join tlg bgtau segera..semua boleh g selagi kat metrik dia ada sbg seorg budak IR tahun 3....

ape2 hal bgtau cepat kat aku...017-2273598

kenderaan jgn risau wanita tu ada alphard...boleh bwk semua...n kwn2 yg lain pun ada kenderaan gak...

jomla..sape yg berminat bgtau n berkumpul pada 30/4/2009 jam 10pg di fssk ukm..

ok..tu je..ape2 hal bgtau cepat k...plezzzzzzzzz...idup IR UM...ehhh silap2 hidup IR utm...ehhh silap22 kita UKM kan hidup2 IR UKM...hahah baru betul..

MEMAHAMI KAPITALISMA

GLOBALISASI – SATU DUNIA BARU

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masaalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

Negara China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri ada menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – adalah hasil kita berjual beli dengan Amerika. China dan Jepun adalah negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar.

Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika. Permaksaan ini melalui dua cara. Pertama – Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan kertas dolar. Ini kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara. Manakala Saudi adalah pengeluar utama bahan bakar ini. Untuk gantinya – kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud dari dipukul oleh ombak rakyat.

Cara kedua ialah dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual beli minyak. Jawapannya Saddam di gantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih dari kertas dolar justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat adalah sebuah negara revolusiner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertas sendiri. Amerika yang merdeka telah membebaskan diri dari para banker yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para banker menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan para banker.

Pada tahun 1913 setelah beberapa kali pecubaan gagal akhirnya para banker telah berjaya memaksa/menipu Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa lembaga-lembaga pengarah Federal Reserve ini juga di rahsiakan. Kongress hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan di cadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke Pengerusi yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para banker ini.

Seperti tulisan minggu lalu – para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun.

Inilah dia punca yang sedang membawa huru hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – ini di Amerika apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit. Sabar dahulu biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ini telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para banker dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) ada dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini?

Pertama: Banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama. Kedua: tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Puteh yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para banker dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam dari Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. Ketiga: tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para banker dan kaum pemodal ini.

Semenjak tahun 1913 para banker ini telah membuat jaringan, kabal dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. Hari ini kabal rahsia para banker-banker ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika.

Hasilnya – media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para banker dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya 6 buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media. Syarikat media ini dimiliki oleh para banker-banker ini. Malah jika diselidiki dengan rapi kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabal-kabal rahsia seperti – Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull and Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasi oleh pemodal dan banker yang sedang merancang untuk memunculkan New World Order – Satu Dunia Baru. Di belakang semua ini ialah nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabal rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi and Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada maloan-maloan ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabal rashia ini.

Justeru kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan bersuara sama.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul haq, – mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik. Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masaalah kecairan. Apa yang berlaku ialah peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para banker ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin. (TT)

p/s: entri nie di ambil ihsan dari blog Tukar Tiub

Forecast...


Jangan Lupakan 'Siti Khadijah' Kita

Minggu yang lalu kebetulan saya berbual-bual dengan Dr. Tengku Asmadi (pengasas MAP training) dan juga Puan Noraini Hj Ahmad dari UIA sementara menanti mereka berdua muncul di TV. Entah kenapa tiba-tiba perbualan itu menjurus kepada soal poligami. Tentang peranan isteri, kerjaya dan segalanya. Saya bertuah dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mereka berdua. Dalam perjalanan pulang, hati saya terus mendesak-desak untuk menulis sesuatu. Tiba-tiba teringat catatan lama… Mari sudi-sudikan berkongsi rasa dengan saya:

Sungguh, kau jangan lupakan dia. Dia yang sejak awal rela untuk bersamamu - mengharungi denai dan ngarai. Pada segala kesusahan yang dirasainya sejak mula. Isterimu, adalah sayap kiri. Pelengkap terbang kita melayangi suka dan duka, ria dan nestapa dalam kehidupan yang sementara ini. Aku pasti dia telah tua sekarang. Tenaga wanitanya pasti dipagut usia dan gelombang rasa.

Pada usia yang hampir mencecah pertengahan abad, tidak kira ketika kariermu sedang di puncak atau masih terus mendaki, kau tidak punya alasan untuk meminggirkan dia. Tergamakkah kau mematahkan tongkat yang membantumu melangkah, atau membakar jembatan yang telah membawamu ke seberang? Jangan, jangan begitu… bukankah tidak bersyukur kepada manusia kekadang mencacatkan syukur kita kepada Allah?

Apa salahnya kau teladani Rasul yang mengenang jasa Siti Khadijah - isteri yang memberi selimut waktu baginda kedinginan dilanda wahyu pertama? Ketika segalanya meminggir, Khadijah tega dan sedia menjadi insan terhampir. Segalanya diserahkan kepada perjuangan suami… kerana dia dan suami adalah satu. Satu hati menegakkan kalimah yang satu dilautan berhala yang beribu!

Tergenang air mata Rasul bila mengenangkan Khadijah. Jauhari yang mengenalnya sewaktu gelap Jahiliyah. Orang lain buta, tetapi Khadijah tidak… dia tetap mengenal permata di tengah celahan kaca. Lantas dia menjadi mahkota di hati Rasulullah. Dukacita Nabi atas pemergiannya diubati oleh peristiwa besar Israk dan Mikraj. Lalu Tahun Dukacita abadi dalam sejarah - nostalgia duka yang berbekas di hati Rasulullah.

Ketika hidupnya, ketika pemergiannya, Rasul mengenangnya. Tatkala ada hidangan yang hendak dijamukan, sering Rasul berpesan… kirimkan kepada kawan-kawan Siti Khadijah. Siapa yang menghantar makanan ke gua Hira’ ketika Nabi Muhammad gelisah di tengah amukan jahiliyah. Siapa pula yang menahan kesukaran untuk hamil dan melahirkan cahaya mata Rasulullah? Kita tentu akur bahawa srikandi cinta Rasul ialah Siti Khadijah.

Pasti isteri kita tidak sebaik Khadijah, kerana kitapun tidak semulia Muhammad SAW. Namun apa salahnya cinta sejati itu diteladani dalam mengharungi cinta suami-isteri masakini. Yang berubah hanya ‘alat-alat’ teknologi, tetapi bukan soal hati. Hukum cinta tetap abadi dan hakiki - untuk disayangi, mesti terlebih dahulu menyanyangi! Jangan kau lupakan jasa insan yang bersamamu ketika kau ‘merangkak’ agar engkau tidak tersungkur semula bila sudah di puncak.Jika alam boleh bersuara, pasti semuanya akan mengingatkan akan betapa besarnya ’saham’ seorang isteri pada kejayaan seorang suami.

Jangan kau melupakannya, kerana melupakannya bererti kau melupakan dirimu sendiri. Jangan melihat ‘pucuk muda’ di hujung dahan sehingga kau lupa ‘akar tua’ yang menumbuhkan pepohonan. Insan semulia Muhammad SAW itupun masih mengenangkan jasa isteri, apalagi kita insan yang biasa-biasa ini… Jangan gigit tangan yang terus rela dan tega bersamumu dalam perjalanan ini. Kenang dan balas jasanya sementara dia masih ada. Pesanku, buatmu dan buatku jua… jangan lupakan ‘Siti Khadijah’ kita!

dipetik dari: http://genta-rasa.com

lagi-lagi gambar